Rumah Panjang Teberu, Spaoh:Pemeliharaan dan perubahan sosioekonomi dari tahun 1990 sehingga tahun 2019

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pemeliharaan dan perubahan sosioekonomi di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019. Kajian ini dijalankan di Rumah Panjang Teberu, Spaoh Sarawak. Permasalahan kajian yang mendasari kajian ini adalah berkaitan dengan pemelihraan dan perubaha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Margaret Landan Anak Lumpoh
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35469/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35469/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35469/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pemeliharaan dan perubahan sosioekonomi di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019. Kajian ini dijalankan di Rumah Panjang Teberu, Spaoh Sarawak. Permasalahan kajian yang mendasari kajian ini adalah berkaitan dengan pemelihraan dan perubahan sosioekonomi masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu daripada penubuhan Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019 sebelum negara dilanda pendemik. Oleh itu, objektif utama dalam kajian ini adalah untuk mengkaji sejarah latar belakang Rumah Panjang Teberu, meninjau pemeliharaan sosioekonomi dalam kalangan masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019 dan mengenalpasti perubahan sosioekonomi di dalam kalangan masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu dari tahun 1990 sehingga tahun 2019. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah kualitatif iaitu temu bual, kaedah perpustakaan dan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Iban di Rumah Panjang Teberu masih lagi melakukan pemeliharaan dalam bidang sosioekonomi seperti adat dan pantang larang yang diamalkan semasa majlis perkahwinan, perayaan Hari Gawai Dayak, kematian dan teknik dalam aktviti pertanian dan penternakan yang masih lagi diamalkan oleh mereka sehingga kini. Selain daripada itu juga, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perubahan yang berlaku di Rumah Panjang Teberu dalam bidang sosioekonomi. Perubahan yang berlaku adalah disebabkan oleh pengaruh Kristianisasi dan kemajuan teknologi.