Sejarah budaya dan adat istiadat kematian suku kaum Bajau di Sandakan, Sabah (1963-2000)

Tajuk kajian ini memberikan tumpuan terhadap budaya dan tradisi masyarakat suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik yang terbesar di negeri Sabah iaitu mengkaji Sejarah Budaya dan Adat Istiadat Kematian Suku Kaum Bajau di Sandakan, Sabah dari sekitar tahun 1963 hingga 2000. Perbincangan ini a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Syam Halipa
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35458/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35458/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35458/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tajuk kajian ini memberikan tumpuan terhadap budaya dan tradisi masyarakat suku kaum Bajau yang merupakan salah satu etnik yang terbesar di negeri Sabah iaitu mengkaji Sejarah Budaya dan Adat Istiadat Kematian Suku Kaum Bajau di Sandakan, Sabah dari sekitar tahun 1963 hingga 2000. Perbincangan ini akan memfokuskan kepada budaya dan tradisi masyarakat suku kaum Bajau yang mempunyai keunikan dan perbezaan daripada segi istilah di setiap adat istiadat kematian suku kaum Bajau. Hal ini dikatakan demikian kerana, masyarakat suku kaum Bajau yang sudah menempati dua kawasan pesisir pantai yang berbeza iaitu pantai barat dan pantai timur menyebabkan berlaku sedikit perbezaan istilah, bahasa dan amalan mereka. Namun, pengkaji memfokuskan kepada perbincangan dalam kalangan masyarakat suku kaum Bajau di kawasan pantai timur khususnya di daerah Sandakan yang kurang berlaku penyelidikan sebagai kawasan skop kajian. Kaedah kajian yang digunakan di dalam kajian penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah kepustakaan dan kaedah analisis sumber dan kaedah temubual. Bagi mengukuhkan penulisan, hasil dapatan kajian yang diperolehi adalah melalui pemerhatian dan pembacaan sumberi buku, kertas kerja serta tesis kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil dapatan kajian akan diterangkan secara terperinci di dalam setiap bab mengikut pembahagian tajuk utama yang bermula daripada bab satu hingga bab kelima. Dapatan kajian, telah membuktikan bahawa masyarakat suku kaum Bajau ini kaya dengan budaya dan tradisi yang begitu unik dan menjadi amalan mereka sehingga ke hari ini.