Sejarah perjuangan wanita Melayu pada tahun 1946-1963 di Tanah Melayu

Dalam pengisian ini, perjuangan yang diberikan tumpuan utama adalah untuk menyelusuri sejarah perjuangan wanita melayu pada tahun 1946-1963 di Tanah Melayu. Keberadaan wanita sering kali diistilahkan lemah dan tidak terdaya. Namun, apabila penentangan Malayan Union berlaku telah ada menyaksikan peng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jozlyn Jessei Anak Joseh
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35456/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35456/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35456/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam pengisian ini, perjuangan yang diberikan tumpuan utama adalah untuk menyelusuri sejarah perjuangan wanita melayu pada tahun 1946-1963 di Tanah Melayu. Keberadaan wanita sering kali diistilahkan lemah dan tidak terdaya. Namun, apabila penentangan Malayan Union berlaku telah ada menyaksikan penglibatan mereka yang kebanyakkannya berpendidikan dan pernah terdedah dengan kesedaran nasionalisme. Sehubungan itu, pendekatan kaedah penyelidikan yang menggunakan sumber primer dan sekunder telah membantu pengkaji merungkai beberapa persoalan mengenai kajian ini. Antaranya adalah untuk mengetahui mengapakah dalam kalangan wanita terus memilih dan bertahan dengan gerakan yang selama ini mempunyai ideologi kiri dan kanan. Seterusnya, hendak juga meneliti apakah faktor yang paling dominan merangsang wanita melayu menuntut perjuangan tanah air dan memartabatkan kedudukan mereka sebagai wanita. Justeru, aspek yang melibatkan sumbangan juga turut disentuh dalam kajian ini. Setelah diteliti, tidak dinafikan bahawa perjuangan yang dipilih oleh wanita melayu dalam sesuatu gerakan adalah berdasarkan keserasian matlamat dalam parti yang mempunyai kehendak yang sama dengan perjuangan mereka. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa selama ini dalam gerakan kanan dan kiri masing-masing mempunyai sayap wanita. Sudah pasti kesedaran untuk berjuang dan hasrat memajukan wanita adalah paling kuat dipengaruhi oleh faktor pendidikan apabila dikaji bahawa pendidikan berupaya menyuntik kesedaran untuk berubah. Dengan adanya kesedaran tersebut maka ia mudah untuk merangsang tokoh-tokoh pejuang wanita melayu menyumbang usaha mereka dalam politik, sosial dan ketenteraan di mana yang dominannya sumbangan mereka terserlah dalam bidang politik apabila agenda nasionalisme sejak selepas perang dunia kedua adalah lebih ditekankan terutama sejak kedatangan British yang kemudiannya telah memperkenalkan Malayan Union.