Sejarah konflik Israel-Palestin (1948-2021)

Konflik Israel-Palestin merupakan konflik berpanjangan yang masih belum lagi dapat diselesaikan. Konflik ini secara dasarnya adalah pertikaian di antara dua pihak iaitu Arab dan Israel mengenai tuntutan tanah yang sama iaitu Palestin. Banyak percubaan telah dibuat bagi mencipta sebuah “penyelesian d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jereny Dolla Anak Pilut
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35453/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35453/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35453/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konflik Israel-Palestin merupakan konflik berpanjangan yang masih belum lagi dapat diselesaikan. Konflik ini secara dasarnya adalah pertikaian di antara dua pihak iaitu Arab dan Israel mengenai tuntutan tanah yang sama iaitu Palestin. Banyak percubaan telah dibuat bagi mencipta sebuah “penyelesian dua negara” namun terdapat percanggahan di antara dua pihak berkenaan dengan penyelesaian yang telah dikemukakan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneliti sejarah konflik di antara Israel-Palestin bermula dari tahun 1948 sehingga 2021, faktor-faktor pencetus kepada konflik Israel-Palestin serta kesan-kesan selepas tercetusnya konflik Israel-Palestin. Kajian ini telah dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan dan rujukan atas talian bagi mencari maklumat berkenaan dengan konflik ini merangkumi sejarah, faktor dan kesan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa sejarah konflik antara dua pihak ini menonjolkan faktor sistemik yang didorong oleh percaturan politik Barat. Seterusnya, ianya juga disebabkan oleh faktor domestik seperti faktor sejarah, agenda Zionis dan perbezaan budaya politik. Kesannya, konflik ini telah menampakkan kesan negatif terhadap aspek sosial seperti kekangan menjalankan kegiatan keagamaan, kemusnahan institusi pendidikan, kecenderungan terhadap ektrimisme dan hakisan budaya manakala kesan aspek politik pula menonjolkan kuasa-kuasa veto yang dimilki oleh PBB.