Pengaruh Kepercayaan Animisme Dalam Sogit Kematian Yang Terdapat Dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995): Analisis Kerelevanan Dari Perspektif Hukum Islam
Asal mula kepercayaan manusia seringkali dikaitkan dengan kepercayaan yang berbentuk animisme. Animisme adalah suatu gagasan kepercayaan yang mengatakan bahawa setiap sesuatu sama ada yang bernyawa ataupun tidak mempunyai semangat ataupun roh yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Atas dasar kep...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Asian Scholars Network
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35452/1/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35452/2/FULL%20TEXT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35452/ https://myjms.mohe.gov.my/index.php/ijarih/article/view/20585 https://doi.org/10.55057/ijarih.2022.4.4.2 https://doi.org/10.55057/ijarih.2022.4.4.2 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Asal mula kepercayaan manusia seringkali dikaitkan dengan kepercayaan yang berbentuk animisme. Animisme adalah suatu gagasan kepercayaan yang mengatakan bahawa setiap sesuatu sama ada yang bernyawa ataupun tidak mempunyai semangat ataupun roh yang dapat mempengaruhi kehidupan manusia. Atas dasar kepercayaan tersebut, muncullah pelbagai bentuk amalan, adat, ataupun pantang-larang bagi memastikan kedudukan semangat ataupun roh tersebut sentiasa dalam keadaan yang aman dan tenteram, sekiranya tidak semangat-semangat tersebut dipercayai akan mengganggu kehidupan manusia. Kepercayaan seumpama ini dapat dilihat dalam kepercayaan datuk nenek moyang masyarakat Dusun di Sabah. Mereka mempercayai kewujudan pelbagai jenis semangat yang dapat mempengaruhi kehidupan mereka dalam apa juga jenis keadaan. Sehubungan itu, muncullah pelbagai jenis amalan, adat, dan juga pantang-larang seperti amalan sogit ketika berlaku kematian. Justeru, kajian ini cuba melihat pengaruh kepercayaan animisme tersebut, dalam peruntukkan sogit kematian yang terdapat dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995). Sehubungan itu, kajian ini menggunakan metod kualitatif berlandaskan kaedah temu bual, dan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa, peruntukkan sogit kematian dalam Kaedah Undang-Undang Adat Anak Negeri (1995) adalah dipengaruhi oleh kepercayaan animisme. Sehubungan itu, peruntukkan tersebut perlu dinilai semula dari aspek kerelevanan sebagai sebuah undang-undang dan dari sudut perspektif hukum Islam. |
---|