Pembinaan modul pembelajaran pendidikan Islam kanak-kanak pelarian di Sabah: Satu cadangan penyelidikan

Isu pendidikan berhubung kanak-kanak pelarian di Sabah bukanlah satu isu baharu. Malaysia yang bukan ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 tidak mempunyai rangka kerja pentadbiran berkenaan hak-hak pelarian sama ada dari segi kesihatan, pekerjaan termasuklah pendidikan. Akibatnya, k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Syamsul Azizul Marinsah, Abang Mohd Razif Abang Muis, Irma Wani Othman
Format: Article
Language:English
English
Published: Academic Inspired Network 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35446/1/ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35446/2/FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35446/
https://www.researchgate.net/publication/366657353_Pembinaan_Modul_Pembelajaran_Pendidikan_Islam_Kanak-Kanak_Pelarian_Di_Sabah_Satu_Cadangan_Penyelidikan
https://doi.10.55573/JISED.075106
https://doi.10.55573/JISED.075106
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu pendidikan berhubung kanak-kanak pelarian di Sabah bukanlah satu isu baharu. Malaysia yang bukan ahli kepada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967 tidak mempunyai rangka kerja pentadbiran berkenaan hak-hak pelarian sama ada dari segi kesihatan, pekerjaan termasuklah pendidikan. Akibatnya, kanak-kanak pelarian bukan sahaja terpinggir daripada pendidikan akademik, malah pendidikan Islam. Keperluan kepada pendidikan Islam jelas signifikannya memandangkan keseluruhan kanak-kanak pelarian di Sabah adalah beragama Islam. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak antaranya Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia Mohd Azmi Abdul Hamid pada tahun 2018. Beliau menyarankan agar kanak-kanak pelarian Islam diberikan peluang yang lebih baik kepada Pendidikan Islam. Oleh itu, kertas kerja ini merupakan satu cadangan penyelidikan bagi mengkaji; Pertama, mengenal pasti senario semasa penghayatan Islam bagi kanak-kanak pelarian di negeri Sabah. Kedua, mengenal pasti silibus pendidikan Islam yang sesuai dan diperlukan oleh kanak-kanak pelarian. Ketiga, membina sebuah modul pembelajaran pendidikan Islam yang komprehensif kepada kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan dicadangkan dilaksanakan dengan menggunakan metode analisis kandungan, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian ini diharapkan dapat mengetengahkan sebuah modul pembelajaran pendidikan Islam yang lebih sesuai kepada keperluan sebenar kanak-kanak pelarian di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.