Sumbangan Tun Perak dalam empayar Melaka pada abad ke-15 Masihi

Kajian ini adalah mengenai sumbangan Tun Perak dalam Kesultanan Melayu Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kepimpinan Tun Perak dengan lebih terperinci sebagai Bendahara Melaka yang berjaya mengubah dan memajukan Melaka sehingga beliau dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Leeza Jamjuri
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35417/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35417/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35417/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah mengenai sumbangan Tun Perak dalam Kesultanan Melayu Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk memahami kepimpinan Tun Perak dengan lebih terperinci sebagai Bendahara Melaka yang berjaya mengubah dan memajukan Melaka sehingga beliau dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab dalam pencapaian yang cemerlang dalam pembangunan empayar Melaka pada abad ke-15 Masihi. Metodologi yang telah digunakan dalam penyelidikan ini ialah kajian perpustakaan. Penulisan kajian ini meringkaskan lima bab, dimulai dengan bab pertama merupakan pengenalan kepada kajian ini. Tiga objektif bagi kajian ini pula dibincangkan masing-masing dalam bab kedua, bab ketiga dan bab keempat, manakala bab kelima merupakan kesimpulan bagi kajian ini. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam kajian ini adalah mengenai latar belakang Tun Perak yang bermula dari kisah awal kehidupan beliau sehinggalah pelantikan beliau sebagai Bendahara empayar Melaka, mengenai ketokohan Tun Perak sebagai seorang pemimpin yang unggul dalam empayar Melaka dan membincangkan mengenai sosok Tun Perak sebagai penggerak ke arah kemajuan kerajaan Melaka. Secara umumnya, kajian ini membincangkan mengenai sosok Tun Perak yang banyak berjasa sebagai ketua pentadbir selaku Bendahara dalam empayar Melaka sehingga mampu menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar yang unggul dan masyhur di dunia pada abad ke-15 M. Dapatan awal daripada kajian ini menunjukkan bahawa Tun Perak menjadi Bendahara Melaka selama setengah abad lamanya dan di bawah empat pemerintahan sultan. Beliau memegang gelaran sebagai Paduka Raja semasa menjadi Bendahara Melaka. Di era pentadbirannya, beliau berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah empayar yang paling terkenal di dunia pada abad ke-15.