Penggunaan e-pembelajaran dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran dalam kalangan kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi di Sabah
Sejajar dengan transformasi menuju Revolusi Industri 4.0, institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dilihat berlumba-lumba untuk mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif dan sistematik. Perkembangan teknologi dan sistem menjadi penghubung utama kepada keberhasilan transformasi ini dan sala...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS
2022
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35395/1/Abstract.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35395/2/Full%20text.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35395/ https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/4172 https://doi.org/10.51200/ejk.v28i1.4172 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Sejajar dengan transformasi menuju Revolusi Industri 4.0, institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini dilihat berlumba-lumba untuk mewujudkan sistem pembelajaran yang lebih efektif dan sistematik. Perkembangan teknologi dan sistem menjadi penghubung utama kepada keberhasilan transformasi ini dan salah satu buktinya adalah melalui penggunaan e-learning (e-pembelajaran) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Medium e-pembelajaran ini melibatkan dua pengguna utama iaitu kakitangan akademik dan pelajar dari mana-mana IPT awam atau swasta. Pemindahan pengetahuan, aktiviti pembelajaran, kuliah dan tutorial tidak terhad kepada pertemuan fizikal atau secara tradisional sahaja tetapi boleh dilakukan melalui blended learning (BL)atau pembelajaran teradun. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap penerimaan teknologi melalui model UTAUT dalam kalangan kakitangan akademik dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran. Kajian ini merupakan satu kajian rintis yang melibatkan 30 orang kakitangan akademik yang terdiri daripada pensyarah IPT awam dan swasta di Sabah. Analisis regresi mudah digunakan untuk melihat tahap penerimaan teknologi dan pengaruhnya terhadap niat menggunakan e-pembelajaran. Hasil kajian ini mendapati peramal kondisi kemudahan dalam model UTAUT signifikan terhadap penerimaan e-pembelajaran dan niat menggunakannya. |
---|