Malaysia dan isu penganiayaan etnik minoriti Rohingya

Kajian ini membincangkan mengenai Malaysia dan isu penganiayaan etnik minoriti Rohingya. Sejak akhir tahun 1980-an gelombang penghijrahan etnik minoriti Rohingya ke negara Malaysia menjadi isu hangat sehingga kini. Penghijrahan secara besar-besar golongan ini ke negara jiran termasuk Malaysia dipeng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fianly Masuie
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35315/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35315/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35315/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan mengenai Malaysia dan isu penganiayaan etnik minoriti Rohingya. Sejak akhir tahun 1980-an gelombang penghijrahan etnik minoriti Rohingya ke negara Malaysia menjadi isu hangat sehingga kini. Penghijrahan secara besar-besar golongan ini ke negara jiran termasuk Malaysia dipengaruhi oleh sistem perlembagaan Myanmar yang sering berubah-ubah sehingga pelanggaran-pelanggaran hak asasi manusia terus menghantui etnik minoriti Rohingya. Kebanjiran pelarian etnik minoriti Rohingya di Malaysia memberikan kesan yang mendalam kepada negara untuk mengurus golongan ini, yang mana ianya melibatkan kos perbelanjaan pengurusan yang melambung tinggi. Selain itu, adalah mustahil bagi negara Malaysia sebagai negara ketiga untuk terus-menerus menerima pelarian Rohingya dalam negara dan perlunya isu Rohingya ini diberikan perhatian yang lebih serius agar golongan ini tidak lagi membanjiri negara jiran serta dapat menjalani hidup yang lebih tenteram di negaranya iaitu Myanmar. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk menjayakan penulisan ini. Oleh itu, hasil kajian mengetengahkan punca-punca pelarian etnik minoriti Rohingya ke Malaysia. Selain itu, menghurai cabaran-cabaran komuniti etnik Rohingya yang ada di Malaysia seterusnya menyatakan usaha-usaha Malaysia untuk menampung kehadiran Rohingya di dalam negara. Malaysia lebih tegas di peringkat organisasi antarabangsa untuk mengesa pihak yang bertanggungjawab seperti PBB, ASEAN dan OIC dalam mencari alternatif efektif untuk menyelesaikan isu pelarian Rohingya. Pelarian Rohingya di Malaysia hanya bergantung kepada peranan UNHCR Malaysia untuk terus hidup dan juga NGO-NGO yang berkaitan dengan kerajaan Malaysia serta khidmat bantuan kemanusiaan daripada masyarakat Malaysia. Malaysia juga menggunakan hubungan bilateral dengan Myanmar untuk menyelesaikan isu Rohingya. Isu pelarian Rohingya akan menemui jalan penyelesaian sekiranya kerajaan Myanmar memberikan kerakyatan kepada kaum minoriti Rohingya di dalam negaranya.