Amalan dan inisiatif peniaga pasar minggu untuk meneruskan kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh pergerakan (PKP): kajian kes di Pekan Ranau, Sabah

Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah menjejaskan banyak sektor seperti sektor perniagaan yang dijalankan oleh Industri Kecil Sederhana (IKS) disebabkan oleh penguatkuasaan perintah kawalan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan virus ini dalam kalangan masyarakat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Jessie Padisan
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35308/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35308/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35308/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia telah menjejaskan banyak sektor seperti sektor perniagaan yang dijalankan oleh Industri Kecil Sederhana (IKS) disebabkan oleh penguatkuasaan perintah kawalan (PKP) yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung penularan virus ini dalam kalangan masyarakat. Semasa tempoh PKP dijalankan banyak peniaga yang terjejas sumber pendapatannya kerana tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Oleh itu, tindakan dan inisiatif perlu dilakukan oleh para peniaga pasar minggu bagi meneruskan kelangsungan ekonomi dan sumber pendapatan mereka. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti profil dan ciri-ciri perniagaan pengusaha pasar minggu di pekan Ranau, Sabah, meneliti kesan perintah kawalan pergerakan (PKP) terhadap aktiviti perniagaan pasar minggu pekan Ranau dan mencadangkan langkah dan usaha yang boleh dilakukan oleh para peniaga pasar minggu untuk meneruskan kelangsungan ekonomi semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Seramai 35 orang responden yang terdiri daripada peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soalan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 4 bahagian menggunakan pengukuran berskala liket. Data kajian dianalisis denga menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Secara keseluruhan perintah kawalan pergerakan PKP yang dilaksanakan sememangnya menjejaskan para peniaga pasar minggu di pekan Ranau, Sabah. Walaubagaimanapun, para peniaga pasar minggu di pekan Ranau menjalankan amalan dan inisiatif bagi meneruskan kelangsunagn ekonomi mereka semasa tempoh PKP dilaksanakan.