Keberkesanan strategi pengusaha perusahaan kecil dan sederhana dalam meneruskan kelangsungan ekonomi sepanjang tempoh perlaksanaan perintah kawalan pergerakan di Gerai Sayur Kundasang, Sabah

Wabak Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara terpaksa melaksanakan sekatan rentas daerah dan kawalan pergerakan. Perusahaan Kecil dan Sederhana adalah antara sektor yang terkesan secara langsung akibat daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalp...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Izzan Kasinin
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35304/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35304/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35304/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wabak Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara terpaksa melaksanakan sekatan rentas daerah dan kawalan pergerakan. Perusahaan Kecil dan Sederhana adalah antara sektor yang terkesan secara langsung akibat daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak yang dihadapi oleh pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana ketika Perintah Kawalan Pergerakan di Gerai Sayur Kundasang Ranau, Sabah. Kajian ini turut menganalisis strategi dan alternatif yang dijalankan oleh pengusaha bagi meneruskan kelangsungan ekonomi, seterusnya menilai keberkesanan strategi tersebut. Pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik telah digunakan bagi mengutip data. Borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pengusaha Gerai Sayur Pekan Kundasang, Sabah. Hasil kajian mendapati perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah memberikan impak ketara kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kundasang iaitu berlaku kekurangan pendapatan, kerosakan barang jualan, kekurangan pembeli, waktu beroperasi yang terhad, masalah lambakan hasil pertanian, pengurangan pekerja, rantaian penghantaran terjejas dan tidak boleh berjualan di lokasi biasa. Namun begitu, didapati bahawa pengusaha telah menjalankan beberapa strategi bagi mengatasi impak tersebut iaitu dengan mendapatkan bantuan daripada kerajaan secara one off, mengubahsuai produk sayur-sayuran ke dalam bentuk produk yang lain seperti kerepek, serunding, jeruk dan lain-lain, serta mengikuti projek komuniti projek Kundasang Cashless Agro Supply.