Impak pembinaan Lebuhraya Pan Borneo terhadap sosio-ekonomi penduduk di Daerah Selangau, Sarawak

Pada arus modenisasi ini, pelbagai program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak demi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi rakyat. Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) merupakan projek mega milik kerajaan persekutuan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2016. Projek ini di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sophia Anak Dempi
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35301/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35301/4/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35301/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada arus modenisasi ini, pelbagai program pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak demi meningkatkan taraf sosial dan ekonomi rakyat. Projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) merupakan projek mega milik kerajaan persekutuan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2016. Projek ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti jalan raya sedia ada kepada sebuah lebuhraya yang efisien. Projek naik taraf jalan amat diperlukan di Sarawak lebihlebih lagi di kawasan luar bandar kerana ianya pemangkin kepada ekonomi setempat. Namun begitu, projek LPB ini secara langsung dan tidak langsung telah mewujudkan pelbagai impak kepada sosio-ekonomi penduduk di Selangau khususnya penduduk yang tinggal di pinggir jalan. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti latar belakang pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dan impaknya terhadap sosio-ekonomi penduduk di Daerah Selangau. Kajian yang dijalankan ini melibatkan seramai 60 orang responden yang terdiri daripada penduduk yang tinggal di berdekatan dengan pembinaan LPB tersebut. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden menggunakan statistik deskriptif. Impak pembinaan LPB dari segi sosial seperti kesihatan, kesejahteraan dan tempat tinggal penduduk manakala impak dari segi ekonomi pula termasuklah peluang pekerjaan, harta benda dan juga perniagaan di pinggir jalan. Pelbagai langkah mitigasi dicadangkan dalam kajian ini bagi mengurangkan impak negatif pembinaan LPB terhadap sosioekonomi penduduk di Selangau.