Penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri penggunaan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Di sa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Della Loo Anak Gansor
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35295/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35295/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35295/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bagi mengkaji penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri penggunaan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kepuasan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan perkhidmatan bas mini. Selain itu, objektif kajian ini adalah untuk mencadangkan langkah penambahbaikan terhadap keberkesanan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif kajian ini, pengkaji mengaplikasikan gabungan dua pendekatan iaitu pendekatan kuantitatif berasaskan kaedah berbentuk tinjauan soal selidik yang melibatkan 35 orang pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas mini dalam kajian ini. Manakala bagi pendekatan kualitatif pula adalah berasaskan kaedah berbentuk kajian kes yang melibatkan pemerhatian dan temubual tidak berstruktur bersama tujuh orang informan termasuk pemandu bas mini. Data soal selidik dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistic, teknik analisis deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan nilai min digunakan untuk menjelaskan dapatan kajian ini. Penemuan kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri penggunaan perkhidmatan bas mini dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Engkilili, Sarawak mempunyai ciri khusus. Selain itu, dapatan kajian turut mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap keberkesanan perkhidmatan bas mini dari aspek keselesaan, keselamatan dan kebolehsamapaian dengan nilai purata min tertinggi iaitu masing-masing 3.97, 4.06 dan 4.39. Di samping itu, dapatan kajian memperlihatkan bahawa cadangan penambahbaikan terhadap keberkesanan perkhidmatan bas mini dari aspek keselesaan, keselamatan dan kebolehsamapaian dengan nilai purata min tertinggi iaitu masing-masing 4.69, 4.57 dan 4.83. Oleh itu, dapatan kajian ini dapat membantu pihak berwajib untuk meningkatkan lagi tahap keberkesanan perkhidmatan bas mini yang disediakan.