Daya hidup bahasa minoriti: Kajian kes Bahasa Bajau dalam kalangan belia Bajau di UMS

Daya hidup bahasa merujuk kepada status vitaliti sebuah bahasa sama ada bahasa tersebut berada pada tahap yang selamat ataupun sedang diambang ancaman kepupusan bahasa. Selain daripada itu, status sesebuah bahasa itu terletak di tangan penuturnya iaitu jumlah penutur dan tahap penggunaannya. Namun,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Raihan Izad
Format: Academic Exercise
Language:English
English
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35264/1/24%20PAGES.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35264/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/35264/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Daya hidup bahasa merujuk kepada status vitaliti sebuah bahasa sama ada bahasa tersebut berada pada tahap yang selamat ataupun sedang diambang ancaman kepupusan bahasa. Selain daripada itu, status sesebuah bahasa itu terletak di tangan penuturnya iaitu jumlah penutur dan tahap penggunaannya. Namun, wujud persoalan mengenai punca yang mempengaruhi pemilihan penggunaan bahasa dalam sesebuah komuniti itu berbanding status daya hidup sesebuah bahasa tersebut. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi pilihan bahasa dalam kalangan belia Bajau yang menuntut di UMS serta hubungkaitnya dengan status daya hidup bahasa Bajau, salah satu Bahasa minoriti di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif instument temu bual mendalam dijalankan dengan sepuluh belia Bajau UMS, dan juga kaedah pemerhatian ikut serta dan kaedah leksikostatik untuk melakarkan lanskap bahasa mereka. Hasil kajian mendapati bahawa selain daripada tahap status sosio-ekonomi terdapat faktor lain seperti faktor situasi persekitaran dan faktor persepsi negatif terhadap bahasa Bajau yang menyebabkan peralihan bahasa dalam kalangan belia Bajau sehingga mampu untuk menggugat tahap daya hidup bahasa Bajau. Secara ringkasnya tahap daya hidup bahasa Bajau masih berada dalam status kritikal.