Hubungan tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi

Kajian ini adalah berkaitan tanggapan sokongan organisasi, kompetensi peribadi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tanggapan sokongan organisasi, kompetensi peribadi dan komitmen organisasi yang wujud dalam k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zul Azri Mohd Yusoff, Mohd Khairuddin Abdullah @Jerry Abdullah
Format: Article
Language:English
English
Published: Secholian Publication 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34797/2/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34797/1/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34797/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1737
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1737
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah berkaitan tanggapan sokongan organisasi, kompetensi peribadi dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tanggapan sokongan organisasi, kompetensi peribadi dan komitmen organisasi yang wujud dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas 338 orang pensyarah matrikulasi di seluruh negara. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tanggapan sokongan organisasi pensyarah matrikulasi berada pada tahap tinggi manakala tahap kompetensi peribadi dan komitmen organisasi pensyarah pula berada pada tahap yang sangat tinggi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang sederhana di antara tanggapan sokongan organisasi dan kompetensi peribadi dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.