Isu sekuriti makanan dan perlaksanaan dasar pembangunan sektor pertanian di Borneo Utara (1881-1963)

Pada awal kedatangan kuasa Barat ke Borneo Utara, masalah berkaitan dengan sekuriti makanan bukanlah isu yang menjadi keutamaan kepada penjajah. Hal ini kerana motif utama kehadiran mereka adalah untuk memonopoli sumber ekonomi dan memperoleh keuntungan daripada hasil bumi yang terdapat di Borneo Ut...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dg. Junaidah Awang Jambol, Maureen De Silva, Zainuddin Baco, Lai, Yew Meng, Diana Peters
Format: Article
Language:English
English
Published: Secholian Publication 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34785/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34785/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34785/
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/1804
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i10.1804
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada awal kedatangan kuasa Barat ke Borneo Utara, masalah berkaitan dengan sekuriti makanan bukanlah isu yang menjadi keutamaan kepada penjajah. Hal ini kerana motif utama kehadiran mereka adalah untuk memonopoli sumber ekonomi dan memperoleh keuntungan daripada hasil bumi yang terdapat di Borneo Utara. Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa yang panjang kebergantungan penjajah terhadap tanaman makanan import dari negara luar telah menyebabkan berlakunya krisis makanan yang meruncing di Borneo Utara terutamanya apabila penjajah menghadapi krisis pengeluaran hasil tanaman makanan dari negara pengeluar dan hasil domestik pula terjejas kerana pelbagai faktor, misalnya, bencana alam, belalang, penyebaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk dan lain-lain. Situasi tersebut telah menjejaskan pengeluaran hasil pertanian dan sekali gus mempengaruhi pengedaran bekalan makanan dalam kalangan penduduk. Akibatnya, pihak penjajah telah membangunkan semula sektor pertanian berasaskan makanan di Borneo Utara dengan menjadikan aspek sekuriti makanan sebagai perkara utama yang perlu ditangani oleh penjajah walaupun masih mengekalkan agenda utama mereka untuk memonopoli sumber ekonomi yang terdapat di Borneo Utara. Oleh itu, berdasarkan penggunaan sumber primer dan sumber kedua, makalah ini akan menjelaskan usaha penjajah dalam menangani isu sekuriti makanan, khususnya berkaitan ketersediaan makanan, melalui dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kolonial dalam sektor pertanian. Perkara ini akan mencakupi aspek perancangan, perolehan, dan pengedaran makanan di Borneo Utara semasa era penjajahan.