Penyalahgunaan dadah jenis syabu dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan, Sabah: Faktor dan langkah mengatasinya

Isu penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Peningkatan yang sangat ketara ini telah membimbangkan banyak pihak sehingga ia telah meliputi kehidupan seharian masyarakan Islam. Penggunaan Syabu dalam masyarakat Islam di Sandakan, Sabah sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hamida Ambo, Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34715/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34715/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34715/
http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2022-28-06-29.pdf
https://doi.org/10.35631/IJLGC.728022
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin meningkat setiap tahun. Peningkatan yang sangat ketara ini telah membimbangkan banyak pihak sehingga ia telah meliputi kehidupan seharian masyarakan Islam. Penggunaan Syabu dalam masyarakat Islam di Sandakan, Sabah sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, kajian ini bertujuan untuk merungkai penyalahgunaan dadah jenis Syabu (Methamphetamine) secara spesifik di daerah Sandakan, Sabah dengan mensasarkan golongan masyarakat Islam tempatan menerusi faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang dalam penggunaan Syabu dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah ini dalam kalangan masyarakat Islam di Sandakan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Berdasarkan kajian yang dijalankan, faktor yang menyumbang kepada penyalahgunaan dadah ini didorong besar oleh faktor sosiodemografi seseorang, faktor ekonomi dan kekurangan penekanan terhadap didikan agama Islam. Faktor sosial juga memainkan peranan di mana faktor rakan sebaya mendorong penyalahgunaan dadah dalam kalangan mereka yang terlibat. Kesan daripada penyalahgunaan dadah ini menyebabkan peningkatan kadar jenayah, menjejaskan kesihatan dan keruntuhan institusi keluarga. Bagi mengatasi penyalahgunaan Syabu ini semakin berleluasa, terdapat tujuh langkah yang diketengahkan oleh pengkaji sebagai usaha membendung penularan virus ini dalam landskap kehidupan masyarakat Islam di Sandakan khususnya, dan keluarga Malaysia amnya.