Adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah penilaian dari perspektif Islam

Masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah terkenal sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan khazanah adat budaya. Pengamalan sesebuah adat dipelihara secara konsisten bagi mengekalkan keasliannya sebagai tatapan generasi mendatang. Kelestarian ini didorong oleh solidariti para pendukungnya tidak kira generas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmin Pullong, Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Mohd Sohaimi Esa
Format: Article
Language:English
English
Published: Academic Inspired Network 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34711/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34711/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34711/
http://www.jised.com/PDF/JISED-2022-47-09-43.pdf
https://doi.org/10.55573/JISED.074728
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah terkenal sebagai sebuah bangsa yang kaya dengan khazanah adat budaya. Pengamalan sesebuah adat dipelihara secara konsisten bagi mengekalkan keasliannya sebagai tatapan generasi mendatang. Kelestarian ini didorong oleh solidariti para pendukungnya tidak kira generasi tua atau pun muda. Dalam konteks adat perkahwinan, masyarakat Bajau juga mengaplikasikan adat-adat perkahwinan yang lazim diamalkan oleh masyarakat Melayu dan beberapa etnik lain di Sabah. Namun terdapat beberapa amalan adat yang eksklusif diamalkan yang menarik untuk ditonjolkan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji adat perkahwinan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah. Seterusnya, analisis dari perspektif Islam akan dilakukan bagi menentukan status adat sama ada ia selaras dengan agama atau pun sebaliknya. Kajian ini tampil sebagai panduan masyarakat dalam menepis sebarang amalan yang bercanggah dengan Islam. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah temu bual dan observasi (pemerhatian turut serta) sebagai medium pengumpulan data secara autentik. Informan dipilih berdasarkan kearifan dan pengalaman luas berkaitan adat perkahwinan dalam masyarakat Bajau di Kota Belud. Terdapat lima buah kampung yang dipilih atas justifikasi kepadatan penduduk Bajau di kawasan terbabit. Kajian ini mendapati adat perkahwinan Bajau masih mengandungi amalanamalan bertentangan dengan Islam. Amalan ngerasi dan aplikasi kindangan perlu kepada ubah suai agar ia selari dengan syarak. Bagi amalan adat yang dibolehkan, ia perlu disuburkan sebagai sebuah adat budaya yang bernilai untuk tatapan generasi akan datang.