Pemahaman dan penerimaan golongan sarjana islam mengenai konsep pluralisme agama: Satu sorotan literatur

Pluralisme agama merupakan satu aliran yang muncul dalam pemikiran masyarakat Malaysia. Penerimaan terhadap aliran ini berbeza mengikut pemahaman masing-masing terhadap definisi pluralisme agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan untuk menganalisis kefaham...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Earnie Elmie Hilmi, Mohd. Sohaimi Esa, Habibah Artini Ramlie, Syamsul Azizul Marinsah, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:English
English
Published: USIM Press 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34694/1/ABSTRAK.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34694/2/FULLTEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/34694/
https://abqarijournal.usim.edu.my/index.php/abqari/article/view/405
https://doi.org/10.33102/abqari.vol27no1.405
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pluralisme agama merupakan satu aliran yang muncul dalam pemikiran masyarakat Malaysia. Penerimaan terhadap aliran ini berbeza mengikut pemahaman masing-masing terhadap definisi pluralisme agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan analisis kandungan untuk menganalisis kefahaman dan penerimaan masyarakat terutamanya sarjana terhadap pluralisme agama melalui kajian literatur tradisi atau naratif yang dilakukan. Hasil daripada kajian literatur menunjukkan pandangan golongan sarjana terbahagi kepada tiga kelompok iaitu menyokong, pertengahan dan menolak. Golongan yang menerima pluralisme agama, mereka menerima dalam erti kepelbagaian agama, toleransi agama, dialog antara agama dan kebebasan beragama. Golongan pertengahan menerima pluralisme agama secara bersyarat iaitu menerima maksud erti kepelbagaian agama tetapi menolak maksud fahaman menyamaratakan kebenaran semua agama dan golongan yang terakhir ialah mereka yang menolak fahaman pluralisme agama dalam maksud menyamaratakan kebenaran semua agama.