Ciri Dan Fungsi Lagu Dalam Membentuk Struktur Plot Filem Muzikal Magika (2010)

Kajian ini menganalisis ciri dan fungsi lagu dalam membentuk struktur plot dan naratif filem muzikal Magika (2010). Teori Conceptual Integration Network oleh Fauconnier dan Turner (1998) digunakan untuk menganalisis ciri dan fungsi lagu seperti makna lirik, melodi dan nyanyian watak kepada keseluruh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Faezahnor Saddi, Zairul Anuar Md. Dawam, Fazmi Hisham
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33950/1/Ciri%20Dan%20Fungsi%20Lagu%20Dalam%20Membentuk%20Struktur%20Plot%20Filem%20Muzikal%20Magika%20%282010%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33950/2/Ciri%20Dan%20Fungsi%20Lagu%20Dalam%20Membentuk%20Struktur%20Plot%20Filem%20Muzikal%20Magika%20%282010%291.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33950/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/532
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menganalisis ciri dan fungsi lagu dalam membentuk struktur plot dan naratif filem muzikal Magika (2010). Teori Conceptual Integration Network oleh Fauconnier dan Turner (1998) digunakan untuk menganalisis ciri dan fungsi lagu seperti makna lirik, melodi dan nyanyian watak kepada keseluruhan naratif filem meliputi tema, watak perwatakan dan plot (sebab dan akibat) filem tersebut. Kajian ini memfokuskan elemen beat dalam struktur plot yang diperkenalkan oleh Syd Field (2005) dan Blake Snyder (2005) pada babak 2 iaitu Midpoint, B Story dan The bad guys close in. Pemilihan babak 2 ini dilakukan kerana ia merupakan durasi paling panjang dalam sesebuah filem yang memerlukan elemen beat yang kuat untuk memastikan audiens tidak bosan dan terus menonton filem. Kajian ini mendapati ciri dan fungsi lagu dalam babak dua, iaitu lagu ‘Kehilangan’ dan ‘Rahsia Awet Muda’ sesuai dianalisis dan mempunyai hubung kait dengan elemen beat pada babak 2 iaitu Midpoint yang diperkenalkan oleh Syd Field (2005); B story dan The bad guys close in oleh Blake Snyder (2005). Kesannya, penggunaan lagu dalam filem muzikal Magika (2010) ini memberi kesan kepada struktur plot pada babak 2 meliputi elemen naratif seperti tema, watak perwatakan dan plot (sebab dan akibat), sekali gus memberi keterujaan kepada audiens untuk menonton filem tersebut.