Pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa bekerja

Dalam era globalisasi, peranan dalam pekerjaan dan peranan dalam keluarga telah mengalami perubahan yang ketara terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja. Tuntutan keseimbangan dalam kedua-dua peranan seperti peranan pekerjaan dan peranan keluarga amat ditekankan dalam memastikan ibu bapa yang bekerja...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noorazwana Musida, Agnis Sombuling
Format: Article
Language:English
English
Published: Persatuan Psikologi Malaysia 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33936/2/Pengaruh%20konflik%20kerja-keluarga%20terhadap%20kepuasan%20hidup%20dalam%20kalangan%20ibu%20bapa%20bekerja.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33936/1/Pengaruh%20konflik%20kerja-keluarga%20terhadap%20kepuasan%20hidup%20dalam%20kalangan%20ibu%20bapa%20bekerja.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33936/
https://spaj.ukm.my/ppppm/jpm/article/view/298
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam era globalisasi, peranan dalam pekerjaan dan peranan dalam keluarga telah mengalami perubahan yang ketara terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja. Tuntutan keseimbangan dalam kedua-dua peranan seperti peranan pekerjaan dan peranan keluarga amat ditekankan dalam memastikan ibu bapa yang bekerja dapat menguruskan kehidupan mereka dan berprestasi dengan baik. Matlamat kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh konflik kerja-keluarga seperti konflik berasaskan masa, konflik berasaskan ketegangan dan konflik berasaskan tingkah laku terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Seramai 378 orang responden dalam kajian ini terdiri daripada ibu dan bapa yang bekerja di Jabatan Awam sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Responden dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana pengkaji telah menentukan ciri-ciri responden seperti status responden perlu berkahwin (tinggal bersama pasangan) dan sekurang-kurangnya mempunyai seorang anak. Soal selidik Work-Family Conflict Scale (WFCS) dan Satisfaction With Life Scale (SWLS) digunakan untuk melihat pengaruh konflik kerja-keluarga terhadap kepuasan hidup terutamanya dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Dapatan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Analisis Regresi Linear Mudah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat pengaruh negatif dan signifikan dalam konflik berasaskan masa, konflik berasaskan ketegangan dan konflik berasaskan tingkah laku terhadap kepuasan hidup dalam kalangan ibu bapa yang bekerja. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.