Hubungan kemahiran keusahawanan, kemahiran pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat terhadap kemahiran berfikir kritikal pelajar tingkatan enam

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan langsung dan tidak langsung faktor keupayaan imaginasi, motivasi kendiri dan pembentukan makna terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di daerah Tawau. Kajian ini melibatkan 322 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. I...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nasir Rayung, Abdul Said Ambotang
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33871/2/Hubungan%20kemahiran%20keusahawanan%2C%20kemahiran%20pengurusan%20dan%20pembelajaran%20sepanjang%20hayat%20terhadap%20kemahiran%20berfikir%20kritikal%20pelajar%20tingkatan%20enamabstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33871/1/Hubungan%20kemahiran%20keusahawanan%2C%20kemahiran%20pengurusan%20dan%20pembelajaran%20sepanjang%20hayat%20terhadap%20kemahiran%20berfikir%20kritikal%20pelajar%20tingkatan%20enam.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33871/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1660
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1660
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan langsung dan tidak langsung faktor keupayaan imaginasi, motivasi kendiri dan pembentukan makna terhadap kemahiran berfikir pelajar tingkatan enam di daerah Tawau. Kajian ini melibatkan 322 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Instrumen kajian ini diubah suai daripada Instrumen Kemahiran Generik Malaysia (MaGSI). Analisis data kajian dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Modeling (SEM). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan langsung yang signifikan antara kemahiran pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat terhadap kemahiran berfikir kritikal pelajar. Sementara itu, kemahiran keusahawanan menunjukkan hubungan langsung yang tidak signifikan kepada kemahiran berfikir kritikal pelajar. Walau bagaimanapun, kemahiran keusahawanan menunjukkan hubungan tidak langsung yang signifikan terhadap kemahiran berfikir kritikal apabila digabungkan dengan pembelajaran sepanjang hayat. Dapatan kajian juga menunjukkan variabel kemahiran pengurusan dan kemahiran keusahawanan menyumbang 39 peratus kepada pembelajaran sepanjang hayat. Ketiga-tiga variabel bebas ini menyumbang 50 peratus kepada kemahiran berfikir kritikal pelajar. Implikasi kajian ini kelak diharap dapat mengukuhkan teori dan amalan pengajaran dan pembelajaran untuk membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritikal dalam kalangan pelajar khususnya pelajar tingkatan enam.