Aksesibiliti pengangkutan awam (bas) di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

Aksesibiliti pengangkutan awam merupakan satu indikator penting dalam mengukur perancangan pengangkutan dan juga turut memainkan peranan penting dalam pergerakan penduduk khususnya di sesebuah bandar. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan dan mod perkhidmatan bas awam yang menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saravanan Sundara Sakaran, Harifah Mohd Nor, Oliver Valentine Eboy
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33835/1/Aksesibiliti%20pengangkutan%20awam%20%28bas%29%20di%20Bandaraya%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33835/2/Aksesibiliti%20Pengangkutan%20Awam%20%28Bas%29%20Di%20Bandaraya%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33835/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2104
https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.2104
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aksesibiliti pengangkutan awam merupakan satu indikator penting dalam mengukur perancangan pengangkutan dan juga turut memainkan peranan penting dalam pergerakan penduduk khususnya di sesebuah bandar. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan dan mod perkhidmatan bas awam yang menggunakan laluan utama untuk ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Sumber primer melalui pemerhatian langsung di lokasi kajian dan temu bual mendalam secara berstruktur diaplikasikan dalam penyelidikan ini untuk mendapatkan data kekerapan bas awam agar aksesibiliti bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu dapat diperhatikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kemudahan perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas mini di kesemua laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Penemuan ini membuktikan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai aksesibiliti yang baik menerusi perkhidmatan pengangkutan awamnya. Namun, terdapat beberapa isu aksesibiliti perkhidmatan bas awam di laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Antaranya ialah kekerapan perkhidmatan bas awam yang tidak seimbang pada waktu puncak dan waktu normal. Bukan itu sahaja, terdapat juga laluan utama yang tidak mempunyai perkhidmatan bas awam sama sekali dan isi ini kurang mendapat pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab. Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada aksesibiliti seseorang yang ingin bergerak dari satu destinasi ke destinasi di Bandaraya Kota Kinabalu. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu pada masa yang akan datang.