Keselamatan societal dan isu kalimah Allah di Malaysia

Sejak Perang Dingin tamat, kajian keselamatan mengalami perubahan apabila ia tidak lagi menumpukan kajian keselamatan tradisional semata-mata, tetapi turut memasukkan isu-isu keselamatan bukan tradisional. Perubahan ini selari dengan debat dan proses broadening dan deepening yang berlaku dalam kalan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Dgku Siti Noraini Pg Alli Rahman, Ramli Dollah, Diana Peters
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33790/3/Keselamatan%20societal%20dan%20isu%20kalimah%20Allah%20di%20Malaysia.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33790/2/Keselamatan%20Societal%20Dan%20Isu%20Kalimah%20Allah%20Di%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33790/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2087
https://doi.org/10.51200/ejk.v0i0.2087
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak Perang Dingin tamat, kajian keselamatan mengalami perubahan apabila ia tidak lagi menumpukan kajian keselamatan tradisional semata-mata, tetapi turut memasukkan isu-isu keselamatan bukan tradisional. Perubahan ini selari dengan debat dan proses broadening dan deepening yang berlaku dalam kalangan sarjana kajian keselamatan, iaitu fokus keselamatan tidak hanya tertumpu kepada negara semata-mata. Oleh itu, istilah keselamatan sentiasa menjadi isu perdebatan para sarjana keselamatan yang mana melibatkan persoalan bagaimana memahami konsep keselamatan. Dalam hal ini, kemunculan konsep keselamatan societal yang menjelaskan bagaimana identiti sesuatu kumpulan masyarakat menjadi isu keselamatan. Dalam hal ini, kajian ini membincangkan konsep keselamatan societal dengan melihat bagaimana isu kalimah Allah yang merujuk kepada ‘Tuhan’ telah menjadi perebutan di antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia dan telah menjadi isu keselamatan. Kedua-dua kumpulan menyatakan bahawa mereka mempunyai hak menggunakan kalimah tersebut. Walau bagaimanapun, untuk tujuan perbincangan, artikel hanya memfokuskan perbincangan kepada respons dan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu-Islam dalam mempertahankan hak eksklusif mereka untuk menggunakan kalimah Allah.