Nota editor jemputan: Politik negeri Sabah khususnya, sebelum dan pasca PRU-14

Kedudukan Sabah sebagai negeri ke-13 dalam Malaysia bukan sahaja semakin berkembang pesat dari aspek pembangunan fizikal, tetapi juga mencakupi persoalan bukan fizikal. Maka, Sabah sering kali mendapat perhatian sebagai sebuah negeri yang sedang bergelut untuk keluar daripada senarai negeri termiski...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli Dollah, Eko Prayitno Joko, Amrullah Maraining, Nordin Sakke
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2018
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33738/2/Nota%20editor%20jemputan.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33738/1/Nota%20editor%20jemputan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33738/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/2486
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.2486
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedudukan Sabah sebagai negeri ke-13 dalam Malaysia bukan sahaja semakin berkembang pesat dari aspek pembangunan fizikal, tetapi juga mencakupi persoalan bukan fizikal. Maka, Sabah sering kali mendapat perhatian sebagai sebuah negeri yang sedang bergelut untuk keluar daripada senarai negeri termiskin di Malaysia dan mendapat desakan untuk membantu dalam pembentukan “politik baharu” yang bercirikan nilai keadilan dan kesamaan. Dua aspek tersebut kemudiannya mengiringi perkembangan wacana baharu berkenaan Sabah yang sememangnya diakui kaya dengan hasil bumi dan mempunyai pengalaman besar dalam membentuk kedinamikan politiknya yang tersendiri sejak merdeka melalui Malaysia. Hakikat ini terbukti apabila Sabah pernah menyumbangkan nilai GDP terbesar kepada Negara, manakala pertukaran kerajaan adalah amalan biasa yang dilakukan oleh masyarakatnya sejak tahun 1975. Namun, keadaan ini tidak berlanjutan apabila politik Sabah mengalami “kelesuan” dengan berakhirnya era pentadbiran parti lokal menyebabkan laungan reformasi di Semenanjung Tanah Melayu tidak memberikan impak yang jelas kepada negeri Sabah. Keadaan yang sama ditunjukkan semasa PRU-13 yang disinonimkan dengan istilah “tsunami politik”. Melayu bukan sahaja gagal menerobos masuk dalam kalangan pengundi di Sabah, sebaliknya negeri ini terus menjadi “benteng terakhir” kepada Barisan Nasional (BN) untuk kekal menakluki Putrajaya (Zaini et al., 2016).