Hubungan Persekutuan-Negeri di Sabah pasca PRU14: Prospek, isu dan cabaran

Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, ramai yang melihat bahawa kerajaan pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan segala mekanisme yang ada untuk mewujudkan kawalan yang ketat ke atas negeri. Dalam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli Dollah, Eko Priytno Joko, Nordin Sakke, Suhaimi Salleh, Mohammad Faizal Rashid
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33725/1/Hubungan%20Persekutuan-Negeri%20di%20Sabah%20pasca%20PRU14%2C%20Prospek%2C%20isu%20dan%20cabaran.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33725/2/Hubungan%20Persekutuan-negeri%20Di%20Sabah%20Pasca%20Pru14%2C%20Prospek%2C%20Isu%20Dan%20Cabaran.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33725/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1655
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1655
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejak pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018, ramai yang melihat bahawa kerajaan pusat di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) cuba menggunakan segala mekanisme yang ada untuk mewujudkan kawalan yang ketat ke atas negeri. Dalam masa yang sama berusaha untuk menumpukan kuasa di Kuala Lumpur/Putrajaya. Oleh itu, artikel ini cuba untuk melihat perkembangan pasca PRU-14 di Malaysia dengan menumpukan kepada hubungan negeri Sabah dan Persekutuan. Selain daripada beberapa isu hangat yang mendominasi hubungan persekutuan-negeri sejak beberapa dekad di bawah pentadbiran BN, para penulis menghujahkan bahawa terdapat beberapa isu lain yang perlu diberikan perhatian dalam memastikan kelangsungan pemerintahan negeri di bawah gabungan Parti Warisan Sabah (PWS)-Pakatan Harapan (PH)-UPKO (PWS-PH-UPKO). Dalam hal ini, para penulis berhujah bahawa, berdasarkan kepada pengalaman PRU-14, kelangsungan Kerajaan Negeri ditentukan oleh dua faktor utama; luaran dan dalaman. Faktor luaran merujuk kepada bagaimana dasar-dasar yang dijalankan oleh Kerajaan Pusat mempengaruhi persepsi rakyat kepada pentadbiran kerajaan negeri. Manakala, faktor dalaman merujuk kepada sejauh mana kerajaan negeri berjaya melaksanakan dasar-dasar yang memberi kesan kepada penduduk negeri Sabah. Oleh itu, artikel ini menghujahkan bahawa cabaran lebih besar menanti dalam hubungan negeri-persekutuan pasca PRU-14 terutamanya dalam memastikan kelangsungan pemerintahan di peringkat negeri dan persekutuan.