Persepsi kumpulan multietnik di Sabah terhadap etnik diri dan etnik lain

Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Chua Bee Seok, Jasmine Adela Mutang, Lailawati Madlan @ Endalan
Format: Article
Language:English
English
Published: Penerbit UMS 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33699/1/Persepsi%20kumpulan%20multietnik%20di%20Sabah%20terhadap%20etnik%20diri%20dan%20etnik%20lain.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33699/2/Persepsi%20Kumpulan%20Multietnik%20di%20Sabah%20terhadap%20Etnik%20Diri.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33699/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/519
https://doi.org/10.51200/manu.v24i0.519
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Malaysia merupakan sebuah negara berpluraliti tinggi yang terkenal dengan keunikan budaya dan kepelbagaian etnik khususnya di Sabah dan Sarawak. Kemajmukan negara ini telah lama wujud dan kini sifat pluralitinya semakin berkembang setelah negara ini memasuki era pasca-moden. Disebabkan wujudnya kepelbagaian identiti bangsa dalam masyarakat Malaysia, maka semangat muhibah, hormat-menghormati, bekerjasama, bertoleransi dan pemahaman identiti bangsa sesuatu kelompok masyarakat terutamanya antara kelompok majoriti dan minoriti amat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan mengupas pemahaman konsep stereotaip, prejudis dan diskriminasi dalam kalangan etnik utama (Kadazandusun, Bajau, Murut dan Cina) di Sabah dengan mengkaji bagaimanakah kumpulan etnik tertentu mempersepsikan etnik mereka sendiri dan persepsi etnik ini terhadap kumpulan etnik lain. Responden kajian ini terdiri daripada 36 ahli persatuan etnik yang mewakili empat kumpulan etnik yang berbeza (Kadazandusun, Bajau, Murut dan China) di Sabah. Data dikumpul melalui kaedah perbincangan kumpulan berfokus dan temu bual in-depth. Keputusan dan perbincangan dibentangkan dalam kertas kerja ini.