Penghijrahan Etnik: Diaspora Multi-Etnik Islam di Sabah (Ethnic Migration: The Multi-Ethnic Muslim Diaspora in Sabah)

Penghijrahan etnik bukanlah satu perbahasan yang asing. Terdapat pelbagai etnik telah melakukan penghijrahan sehingga membentuk diaspora etnik masing-masing di seluruh dunia. Dalam konteks negeri Sabah, penghijrahan etnik turut berlaku. Penduduk Sabah yang asalnya terbentuk oleh beberapa etnik perib...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit USAS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33267/1/Penghijrahan%20Etnik_%20Diaspora%20Multi-Etnik%20Islam%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33267/2/Penghijrahan%20Etnik_%20Diaspora%20Multi-Etnik%20Islam%20di%20Sabah%20%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33267/
http://www.gjat.my/vol11issue1/11h.pdf
http://dx.doi.org/10.7187/GJAT072021-8
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penghijrahan etnik bukanlah satu perbahasan yang asing. Terdapat pelbagai etnik telah melakukan penghijrahan sehingga membentuk diaspora etnik masing-masing di seluruh dunia. Dalam konteks negeri Sabah, penghijrahan etnik turut berlaku. Penduduk Sabah yang asalnya terbentuk oleh beberapa etnik peribumi, telah berkembang dan membentuk masyarakat multi-etnik ekoran daripada proses penghijrahan. Oleh itu, kajian ini akan menganalisis penghijrahan etnik-etnik dominan Islam daripada Filipina, Indonesia dan Brunei terhadap pembentukan multi-etnik Islam di Sabah. Kajian kualitatif telah dijalankan dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati terdapat pelbagai etnik dominan Islam daripada negara-negara tersebut telah berhijrah dan membentuk diaspora etnik mereka di Sabah. Sekali gus telah menyumbang kepada pembentukan multi-etnik Islam di Sabah. Etnik-etnik tersebut adalah seperti Melayu-Brunei dan Kedayan daripada Brunei; etnik Jawa dan Bugis daripada Indonesia, serta etnik-etnik daripada Filipina seperti etnik Kegayan, Bajau, Iranun dan Suluk. Kepelbagaian etnik ini telah menjadikan is sebagai satu identiti bagi negeri Sabah. Walaupun masyarakatnya terdiri daripada pelbagai etnik, namun dapat hidup harmoni sehingga dinobatkan sebagai contoh yang selari dengan gagasan 1 Malaysia. Justeru, Malaysia amnya dan Sabah khususnya sewajarnya mampu menjadi surf teladan kepada negara-negara luar yang masyarakatnya turut terbentuk oleh pelbagai etnik dan kaum.