Implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan: Satu tinjauan

Kepimpinan transformasi merupakan salah satu bentuk kepimpinan yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pentadbir sekolah. Pentadbir perlu bijak dalam menentukan bentuk dan gaya kepimpinan yang digunakan dalam organisasinya kerana kepimpinan merupakan kayu ukur kepada kejayaan sesebua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Mohd Azri Ibrahim, Mohd Sohaimi Esa, Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah, Muhammad Safuan Yusoff, Romzi Ationg
Format: Article
Language:English
English
Published: Academic Inspired Network 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33115/2/Implementasi%20kepimpinan%20transformasi%20dalam%20kalangan%20pentadbir%20sekolah%20di%20daerah%20Sandakan.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33115/5/Implementasi%20Kepimpinan%20Transformasi%20Dalam%20Kalangan%20Pentadbir%20Sekolah%20Di%20Daerah%20Sandakan%2C%20Satu%20Tinjauan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33115/
https://www.researchgate.net/publication/353322837_Implementasi_Kepimpinan_Transformasi_Dalam_Kalangan_Pentadbir_Sekolah_Di_Daerah_Sandakan_Satu_Tinjauan
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kepimpinan transformasi merupakan salah satu bentuk kepimpinan yang boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja termasuklah pentadbir sekolah. Pentadbir perlu bijak dalam menentukan bentuk dan gaya kepimpinan yang digunakan dalam organisasinya kerana kepimpinan merupakan kayu ukur kepada kejayaan sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan untuk melihat implementasi kepimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan dalam menentukan hala tuju sekolah selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 180 orang responden yang terdiri daripada pentadbir sekolah di daerah Sandakan. Sampel kajian dipilih secara rawak untuk menjawab soal selidik menerusi google form. Hasil kajian mendapati tahap implementasi kepemimpinan transformasi dalam kalangan pentadbir sekolah di daerah Sandakan adalah tinggi iaitu memperolehi nilai purata 4.16. Pentadbir sekolah di daerah Sandakan menerapkan elemen implementasi kepimpinan transformasi dalam pentadbiran organisasi di sekolah dan ia dapat diterima baik oleh warga sekolah. Kajian ini diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada pentadbir sekolah khususnya dalam memacu sekolah selaras dan sejajar dengan pendidikan di era globalisasi ini.