Pengetahuan terhadap ilmu perlembagaan, undang-undang dan rukun negara dalam konteks kepimpinan: Kajian kes pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara adalah dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memiliki ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara yang harmoni da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd. Azri Ibrahim, Romzi Ationg, Mohd. Sohaimi Esa, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Irma Wani Othman, Muhammad Safuan Yusoff, Saifulazry Mokhtar
Format: Article
Language:English
English
Published: Academic Inspired Network 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33111/1/Pengetahuan%20terhadap%20ilmu%20perlembagaan%2C%20undang-undang%20dan%20rukun%20negara%20dalam%20konteks%20kepimpinan%2C%20.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33111/2/Pengetahuan%20Terhadap%20Ilmu%20Perlembagaan%2C%20Undang-Undang%20Dan%20Rukun%20Negara%20Dalam%20Konteks%20Kepimpinan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33111/
https://www.researchgate.net/publication/353478175_Pengetahuan_Terhadap_Ilmu_Perlembagaan_Undang-Undang_Dan_Rukun_Negara_Dalam_Konteks_Kepimpinan_Kajian_Kes_Pelajar_Universiti_Malaysia_Sabah_UMS
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara adalah dokumen yang sangat penting dalam sesebuah negara. Seseorang warganegara seharusnya memiliki ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara serta menghayatinya bagi memastikan kehidupan bernegara yang harmoni dan sejahtera. Pengetahuan ilmu ini dapat menjadi benteng daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan amalan hidup yang tidak beretika dan menyalahi undang-undang. Bagi memastikan individu dan masyarakat lebih berdisplin dan beretika dalam bernegara, maka pemahaman terhadap perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara adalah sangat penting. Kepentingan ilmu ini perlu difahami dan dihayati oleh setiap anggota masyarakat khususnya golongan pelajar di institusi pengajian tinggi untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Oleh itu, kajian ini ingin meninjau dan menganalisis pandangan pelajar university tentang kepentingan ilmu pengetahuan berkaitan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Berdasarkan penggunaan kaedah mixed-method, kajian ini mendapati bahawa responden kajian iaitu para pelajar Universiti Malaysia Sabah berpendapat bahawa pengetahuan berkaitan perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara sememangnya amat penting untuk kepimpinan yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam pada itu, diharapkan dapatan kajian ini dapat menjadi medan pengkongsian ilmu terhadap kehidupan bermasyarakat dan bernegara yang lebih harmoni, selamat dan beretika di Malaysia dalam sebuah masyarakat majmuk berdasarkan pengetahuan ilmu perlembagaan, undang-undang dan Rukun Negara.