Pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk dalam ritual kematian: Satu tinjauan awal di Sandakan

Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu menerusi pengamal adat. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Romzi Ationg, Nurul Ain Zulhaimi, Nurulasyikin Muda, Abang Mohd Razif Abang Muis, Azlan Syafie Abdullah @ Raymond Majumah, Anna Lynn Abu Bakar
Format: Article
Language:English
English
Published: Academic Inspired Network 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33110/2/Pengaruh%20kepimpinan%20pengamal%20adat%20kaum%20Suluk%20dalam%20ritual%20kematian%2C%20Satu%20tinjauan%20awal%20Di%20Sandakan%20.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33110/5/Pengaruh%20Kepimpinan%20Pengamal%20Adat%20Kaum%20Suluk%20Dalam%20Ritual%20Kematian%2C%20Satu%20Tinjauan%20Awal%20Di%20Sandakan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33110/
https://www.researchgate.net/publication/353478224_Pengaruh_Kepimpinan_Pengamal_Adat_Kaum_Suluk_Dalam_Ritual_Kematian_Satu_Tinjauan_Awal_Di_Sandakan
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu menerusi pengamal adat. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahiran dan juga adat semasa berlaku kematian. Kajian ini akan melihat pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk dalam pengamalan ritual kematian di Sandakan, Sabah yang menjadi darah daging dalam landskap kehidupan mereka. Pengkaji juga turut melihat pantang larang dan pengaruh kepimpinan pengamal adat suku kaum Suluk dalam masyarakat sewaktu berlakunya sesuatu kematian. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan penggunaan instrumen temu bual berstruktur manakala sampel yang dipilih adalah dalam kalangan penduduk yang sering terlibat dengan pengurusan jenazah masyarakat Suluk di Kampung Bokara, Kampung Bahagia dan Kampung Bambangan di Sandakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua kategori pengaruh kepimpinan pengamal adat suku kaum Suluk dalam adat dan ritual kematian di Sandakan iaitu adat semasa berlakunya kematian dan adat selepas kematian. Adat-adat yang tergolong dalam adat semasa berlakunya kematian termasuklah adat panubingan dan balu-balu, adat memandikan jenazah, adat perasapan, adat mengkafankan jenazah, adat usungan dan adat pengebumian. Bagi adat selepas kematian pula pengkaji menemui lapan adat yang biasa diaplikasikan oleh masyarakat Suluk iaitu adat pantang larang, adat bersedekah, adat memijak abu, adat menyediakan tempat tidur atau kulangan, adat magjaga-jaga, adat menyediakan dulang makanan, adat majlis kenduri dan adat sambutan hari kematian. Hasil kajian ini dapat memberikan gambaran kepada masyarakat multietnik bahawa terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan adat kematian antara satu kaum dengan kaum yang lain khususnya di negeri Sabah.Walaupun berada di era globalisasi, namun pengaruh kepimpinan pengamal adat kaum Suluk masih mendominasi adat dan ritual kematian mengikut tradisi dan amalan turun temurun.