Sambulayang: Signifikasi identiti budaya Bajau Semporna
Setiap kelompok masyarakat mempunyai identiti budaya tersendiri yang dicerminkan melalui pelbagai aspek kehidupan manusia. Daripada perspektif komunikasi, identiti budaya dapat dipaparkan atau disignifikasikan secara simbolik menerusi komunikasi tanpa lisan, yakni penggunaan objek atau artifak dalam...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Book Chapter |
Language: | English English |
Published: |
Penerbit UMS
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33078/1/Sambulayang%2C%20Signifikasi%20identiti%20budaya%20Bajau%20Semporna.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33078/2/SAMBULAYANG%2C%20SIGNIFIKASI%20IDENTITI%20BUDAYA%20BAJAU%20SEMPORNA.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33078/ https://www.researchgate.net/publication/354995597_SAMBULAYANG_SIGNIFIKASI_IDENTITI_BUDAYA_BAJAU_SEMPORNA |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Setiap kelompok masyarakat mempunyai identiti budaya tersendiri yang dicerminkan melalui pelbagai aspek kehidupan manusia. Daripada perspektif komunikasi, identiti budaya dapat dipaparkan atau disignifikasikan secara simbolik menerusi komunikasi tanpa lisan, yakni penggunaan objek atau artifak dalam kehidupan budaya sesebuah masyarakat. Sehubungan dengan itu, penulisan ini diusahakan untuk memaparkan signifikasi identiti budaya Bajau Semporna melalui penggunaan sambulayang sebagai objek atau penanda aktiviti budaya yang akan berlangsung. Menerusi penelitian awal kajian yang menggunakan kaedah pengamatan dan temu bual serta berpandukan kepada perspektif komunikasi tanpa lisan, penulis berupaya menyingkap dan menganalisis signifikasi dan fungsi artifak budaya berkenaan dalam kehidupan berbudaya Bajau Semporna. Kajian ini telah dilaksanakan di perkampungan orang Bajau sekitar Pekan Semporna dan Pulau Omadal, Semporna pada bulan April 2009, iaitu ketika masyarakat setempat sibuk membuat persediaan untuk menyambut perayaan Regatta Lepa-Lepa yang biasanya diadakan pada bulan April setiap tahun. Wacana dalam bab ini dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitu sorotan secara ringkas berhubung latar subjek dan lokasi, konsep identiti budaya serta pendekatan teoretikal dan signifikasi budaya Bajau Semporna menerusi penanda budaya, iaitu sambulayang. |
---|