Analisis teori hubungan antarabangsa dari perspektif Islam

Kajian ini membincangkan empat teori utama Disiplin Hubungan Antarabangsa iaitu Realism, Idealism / Liberalism, Neo-Marxism dan Social Constructivism dari perspektif Islam. Teori-teori ini menganalisis pelbagai konsep dan isu seperti konsep anarki, pengaruh ‘ejen-struktur’, ketidakseimbangan ekonomi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Asmady Idris
Format: Article
Language:English
English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33057/1/Analisis%20teori%20hubungan%20antarabangsa%20dari%20perspektif%20Islam.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33057/4/ANALISIS%20TEORI%20HUBUNGAN%20ANTARABANGSA%20DARI%20PERSPEKTIF%20ISLAM.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33057/
https://www.researchgate.net/publication/341175263_ANALISIS_TEORI_HUBUNGAN_ANTARABANGSA_DARI_PERSPEKTIF_ISLAM_Theories_of_International_Relations_An_Analysis_from_Islamic_Perspective
https://doi.10.5895/ijwas.2019.01.01.01
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan empat teori utama Disiplin Hubungan Antarabangsa iaitu Realism, Idealism / Liberalism, Neo-Marxism dan Social Constructivism dari perspektif Islam. Teori-teori ini menganalisis pelbagai konsep dan isu seperti konsep anarki, pengaruh ‘ejen-struktur’, ketidakseimbangan ekonomi dunia dan lain-lain lagi. Penulis ingin mengupas konsep asas dan perdebatan utama teori-teori tersebut dalam konteks Islam. Perbincangan akan lebih ditumpukan kepada bagaimana Islam boleh memberikan pandangan alternatif kepada beberapa idea asas yang diperjuangkan oleh keempat-empat teori ini. Pemilihan teori Realism, Idealism / Liberalism, Neo-Marxism dan Social Constructivism dalam kajian ini adalah kerana kesemua teori ini merupakan asas utama yang membentuk pemahaman asas disiplin hubungan antarabangsa iaitu yang memfokuskan kepada sistem dunia politik antarabangsa yang dianggap bersifat anarki. Definisi anarki yang dimaksudkan adalah berdasarkan kepada fahaman teori Classical Realism yang menggambarkan keadaan dunia huru-hara sehingga peperangan dianggap sebagai penyelesaian terakhir. Namun, pendirian teori Classical Realism ini diperbaharui oleh Neo-Realism yang berpendapat bahawa ketiadaan sistem kerajaan dunia (world government) menyebabkan dunia pada hari ini tidak stabil. Pandangan teori Realism tentang anarki ini seterusnya menjadi bahan perdebatan utama bagi teori Hubungan Antarabangsa yang lain khususnya Idealism / Liberal, neo-Marxism dan Social Constructivism. Intipati perbincangan bukanlah bertujuan untuk memberikan pengiktirafan yang setara antara falsafah Islam dan teori-teori ini tetapi untuk perkongsian dan pertukaran idea agar teori-teori hubungan antarabangsa relevan dengan dunia Islam masa kini. Metod kajian yang digunakan adalah kaedah analisis dokumentari dengan menganalisis semula dan membuat perbandingan terhadap kedua-dua teori hubungan antarabangsa dan Islam tentang persoalan anarki, kerjasama-eksploitasi ekonomi dan pengaruh ‘agent-structure’ dalam sistem politik antarabangsa.