Fenomena agama di pedalaman sabah

Fenomena agama yang menggambarkan pengalaman, perilaku, tindakan, nilai dan aktviti yang mendasari identiti dan pegangan agama merupakan fenomena sosial yang mampu mencorak keharmonian masyarakat. Sabah mencatatkan fenomena agama yang dibentuk hasil daripada pengalaman sejarah pengislaman beramai-ra...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suraya Sintang, Budi Anto Mohd Tamring, Siti Aidah Lukin @ Lokin, Halina Sendera Mohd. Yakin
Format: Article
Language:English
English
Published: University of Malaya 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024/1/FENOMENA%20AGAMA%20DI%20PEDALAMAN%20SABAH.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024/2/FENOMENA%20AGAMA%20DI%20PEDALAMAN%20SABAH.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33024/
https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/20652
https://doi.org/10.22452/sejarah.vol28no2.10
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Fenomena agama yang menggambarkan pengalaman, perilaku, tindakan, nilai dan aktviti yang mendasari identiti dan pegangan agama merupakan fenomena sosial yang mampu mencorak keharmonian masyarakat. Sabah mencatatkan fenomena agama yang dibentuk hasil daripada pengalaman sejarah pengislaman beramai-ramai yang melibatkan masyarakat pedalaman pada awal tahun 1970-an sehingga 1985. Fenomena ini dilihat unik dan rencam apabila dikaitkan dengan pengaruh parti politik yang meraih sokongan melalui perubahan identiti agama daripada kelompok individu yang belum menganut sebarang agama sehingga mencetuskan kekeliruan istilah antara “masuk Islam” atau “masuk USIA”. Artikel ini membincangkan fenomena agama di pedalaman Sabah yang melibatkan daerah Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan dengan memfokuskan perbincangan secara deskriptif tentang sejarah pengislaman beramai-ramai, faktor pengislaman melalui perkahwinan dan pengaruh mistikal serta implikasi yang timbul kesan daripada fenomena ini. Metode kajian secara kualitatif dijalankan melalui wawancara dan temubual bersemuka bersama informan utama (key informant) di jabatan agama di daerah terlibat dan kandungan analisis teks yang menjelaskan fenomena agama di pedalaman Sabah. Hasil kajian menunjukan fenomena agama di pedalaman Sabah telah mencatatkan sejarah perkembangan agama yang tersendiri yang mungkin agak sukar ditemui dalam catatan sejarah perkembangan agama di negeri-negeri lain di Malaysia.