Migrasi orang Melayu dan impaknya terhadap dasar negara mesra Muslim di Taiwan

Kedatangan orang Melayu ke Taiwan bukanlah suatu perkara yang asing. Kedatangan orang Melayu ke Taiwan dapat dilihat berlaku seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an ekoran perkembangan sektor perindustrian, dan lebih jelas lagi ketika berlakunya krisis ekonomi tahun 1997. Pada tahun 2018, direkodkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Pg Mohd Faezul Fikri Ag Omar, Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi, Habibah @ Artini Ramlie, Saifulazry Mokhtar
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33011/1/Migrasi%20orang%20Melayu%20dan%20impaknya%20terhadap%20dasar%20negara%20mesra%20Muslim%20di%20Taiwan.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33011/2/MIGRASI%20ORANG%20MELAYU%20DAN%20IMPAKNYA%20TERHADAP%20DASAR%20NEGARA%20MESRA%20MUSLIM%20DI%20TAIWAN.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33011/
https://www.researchgate.net/publication/348590597_MIGRASI_ORANG_MELAYU_DAN_IMPAKNYA_TERHADAP_DASAR_NEGARA_MESRA_MUSLIM_DI_TAIWAN
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kedatangan orang Melayu ke Taiwan bukanlah suatu perkara yang asing. Kedatangan orang Melayu ke Taiwan dapat dilihat berlaku seperti pada tahun 1980-an dan 1990-an ekoran perkembangan sektor perindustrian, dan lebih jelas lagi ketika berlakunya krisis ekonomi tahun 1997. Pada tahun 2018, direkodkan seramai 780,000 orang Islam telah datang ke Taiwan. Malah bagi tahun 2019, sehingga Julai sahaja direkodkan seramai 430,000 orang Islam telah datang ke Taiwan. Majoriti orang-orang Islam yang datang ke Taiwan merupakan orang-orang Melayu dari Indonesia dan Malaysia sama ada untuk bekerja, menyambung pengajian dan melancong. Sungguhpun penduduk Taiwan majoritinya adalah beragama Buddha, namun pihak kerajaan mulai peka akan keperluan dan kemudahan orang-orang Islam ekoran kedatangan mereka yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis impak kedatangan orang-orang Melayu terhadap pelaksanaan dasar negara mesra Muslim di Taiwan. Kajian kualitatif ini dijalankan dengan pendekatan analisis kandungan dan data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta dicerakinkan secara tematik. Kajian mendapati peningkatan kedatangan orang-orang Islam yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Melayu dari Indonesia dan Malaysia telah memberikan impak yang signifikan kepada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar negara mesra Muslim dengan menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan bagi orang-orang Islam seperti pembinaan masjid dan surau, penyediaan makanan dan pembukaan restoran halal, penghasilan peralatan kosmetik dan ubat-ubatan daripada sumber halal dan sebagainya. Usaha yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara langsung telah menjadikan Taiwan yang merupakan negara bukan Islam sebagai pilihan destinasi orang-orang Islam sama ada untuk melancong, bekerja, menyambung pengajian dan sebagainya.