Elemen transformatif dan akulturasi diri dari pengalaman tahun pertama pengajian di universiti awam Malaysia sebagai wasilah prestasi pencapaian akademik pelajar antarabangsa

Aspek akademik memainkan peranan vital sebagai elemen transformatif yang berperanan membawa perubahan ke dalam kehidupan setiap individu. Antara matlamat utama pelajar menyambung pengajian di luar negara ialah bagi memperoleh pendidikan berkualiti tinggi. Pengalaman tahun pertama dianggap fasa penti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Irma Wani Othman, Mohd Kamal Mohd Shah, Muhammad Safuan Yusoff, Mohd. Sohaimi Esa, Romzi Ationg, Habibah @ Artini Ramlie, Muhammad Hasbi Abdul Rahman
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33001/1/Elemen%20transformatif%20dan%20akulturasi%20diri%20dari%20pengalaman%20tahun%20pertama%20pengajian%20di%20universiti%20awam%20Malaysia%20.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33001/2/ELEMEN%20TRANSFORMATIF%20DAN%20AKULTURASI%20DIRI%20DARI%20PENGALAMAN%20TAHUN%20PERTAMA%20PENGAJIAN%20DI%20UNIVERSITI%20AWAM%20MALAYSIA.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33001/
https://www.researchgate.net/publication/353018965_ELEMEN_TRANSFORMATIF_DAN_AKULTURASI_DIRI_DARI_PENGALAMAN_TAHUN_PERTAMA_PENGAJIAN_DI_UNIVERSITI_AWAM_MALAYSIA_SEBAGAI_WASILAH_PRESTASI_PENCAPAIAN_AKADEMIK_PELAJAR_ANTARABANGSA
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Aspek akademik memainkan peranan vital sebagai elemen transformatif yang berperanan membawa perubahan ke dalam kehidupan setiap individu. Antara matlamat utama pelajar menyambung pengajian di luar negara ialah bagi memperoleh pendidikan berkualiti tinggi. Pengalaman tahun pertama dianggap fasa penting melibatkan asimilasi diri, perubahan emosi, kejutan budaya dan nilai sosial yang mampu mempengaruhi pencapaian akademik pelajar antarabangsa. Perbincangan kertas kerja ini memperincikan faktor yang menyumbang kepada perbezaan pengalaman tahun pertama lebih bermakna dengan membandingkan proses asimilasi diri dan pencapaian akademik pelajar antarabangsa. Pendekatan kaedah kualitatif yang menggunakan teknik persampelan bertujuan telah melibatkan temu bual mendalam ke atas 40 orang pelajar antarabangsa dari empat buah universiti awam Malaysia. Hasil dapatan kajian menjana kefahaman refleksi diri berhubung sifat semula jadi golongan pelajar antarabangsa yang diterjemahkan melalui selektif naratif curahan perasaan, menggambarkan keterujaan, keinginan dan pengharapan mereka. Penemuan baru bagi kajian ini mengaitkan elemen transformasi dan asimilasi diri pelajar yang mempunyai kesalinghubungan dengan (i) Reputasi universiti awam Malaysia sebagai sebuah destinasi pengajian berprestij, (ii) Kualiti sistem pendidikan tinggi bersifat lebih komprehensif dan ‘versatile’, (iii) Fleksibiliti dan dinamika program akademik yang ditawarkan, (iv) Program pengajian berciri kontemporari dan ‘market driven’, dan (v) Nilai tambah penguasaan Bahasa Inggeris sebagai kaedah pembelajaran dan pengajaran. Tuntasnya, perkongsian data empirikal kajian ini diharap berupaya menjadi maklumat berguna kepada pihak pengurusan sumber manusia universiti yang mempunyai kebergantungan tinggi di atas enrolmen pelajar antarabangsa. Usaha ini seiring dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal dengan visi mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah hab kecemerlangan pendidikan tinggi di persada antarabangsa.