Pengajaran kursus falsafah dan isu semasa (FIS) dalam membentuk pemikiran kritis: Penelitian terhadap modul kursus FIS di Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan salah satu kursus generik yang wajib diambil oleh para mahasiwa di seluruh IPT Malaysia bermula pada sesi pengambilan 2019/2020. Modul FIS dibangunkan dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan para mahasiswa agar mampu berfikir secara kritis dan integral...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syamsul Azizul Marinsah, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Mohd. Sohaimi Esa, Irma Wani Othman, Habibah @ Artini Ramlie, Saifulazry Mokhtar, Muhammad Safuan Yusoff
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32998/1/Pengajaran%20kursus%20falsafah%20dan%20isu%20semasa%20%28FIS%29%20dalam%20membentuk%20pemikiran%20kritis.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32998/2/Pengajaran%20kursus%20falsafah%20dan%20isu%20semasa%20%28FIS%29%20dalam%20membentuk%20pemikiran%20kritis.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32998/
https://www.researchgate.net/publication/353019029_THE_TEACHING_OF_PHILOSOPHY_AND_CONTEMPORARY_ISSUES_FIS_IN_FORMATION_OF_CRITICAL_THINKING_A_STUDY_MODULES_OF_FIS_COURSE_IMPLEMENTED_AT_CENTRE_FOR_THE_PROMOTION_OF_KNOWLEDGE_AND_LANGUAGE_LEARNING_PPIB_U
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan salah satu kursus generik yang wajib diambil oleh para mahasiwa di seluruh IPT Malaysia bermula pada sesi pengambilan 2019/2020. Modul FIS dibangunkan dengan tujuan untuk mempersiap-siagakan para mahasiswa agar mampu berfikir secara kritis dan integral dalam menanggapi pelbagai cabaran pemikiran yang berkait dengan isu-isu semasa. Pemikiran kritis merupakan elemen penting yang perlu diterapkan dalam kurikulum pengajian di semua peringkat. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen pembentukan pemikiran kritis dalam modul pengajian kursus FIS yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini termasuk dalam penelitian kualitatif. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen yang terdiri daripada modul FIS, jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan pemikiran kritis. Hasil kajian mendapati, wujud beberapa elemen kemahiran dan sub kemahiran yang mampu menyumbang ke arah pembentukan dan penerapan pemikiran kritis dalam modul pengajian kursus FIS yang ditawarkan di UMS. Dengan mempelajari kursus ini, diharapkan penghargaan pelajar terhadap kursus ini terus meningkat, dan dapat membantu dalam proses pembentukan pemikiran kritis yang selari dengan hala tuju sistem pendidikan negara iaitu pendidikan berteraskan nilai.