Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pemulihan sektor pelancongan pasca pandemik Covid-19 di Malaysia

Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pelan pemulihan sektor pelancongan berasaskan komuniti pasca pandemik COVID-19 terutamanya di Malaysia dan pengalaman negara luar. Penularan COVID-19 telah memaksa pemerintah di Malaysia untuk mela...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosazman Hussin, Jabil Mapjabil, Jalihah Md Shah, Ayesah Uy Abubakar, Nor-Ina Kanyo, Andreas Pingking, Dayang Siti Noorafidah Datu Nordin, Slamet Rosyad
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Academic Inspired Network 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32989/2/Impak%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20%28PKP%29%20dan%20strategi%20pemulihan%20sektor%20pelancongan%20pasca%20pandemik%20Covid-19%20di%20Malaysia.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32989/1/Impak%20Perintah%20Kawalan%20Pergerakan%20%28PKP%29%20dan%20strategi%20pemulihan%20sektor%20pelancongan%20pasca%20pandemik%20Covid-19%20di%20Malaysia%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32989/
http://www.jised.com/PDF/JISED-2021-42-12-08.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan strategi pelan pemulihan sektor pelancongan berasaskan komuniti pasca pandemik COVID-19 terutamanya di Malaysia dan pengalaman negara luar. Penularan COVID-19 telah memaksa pemerintah di Malaysia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula pada 18 Mac 2020. Perlaksanaan PKP telah menjejaskan banyak sektor sosio-ekonomi dan politik termasuk sektor pelancongan. Sehubungan itu, timbul persoalan mengenai langkah yang diambil atau strategi untuk memulihkan semula sektor pelancongan di Malaysia agar dapat beroperasi seperti sedia kala. Justeru, pendekatan utama kajian ini adalah kualitatif yang bersandarkan sumber data sekunder. Data sumber sekunder adalah daripada artikel jurnal, buku rujukan akademik dan berita akhbar dalam talian digunakan dengan meluas dalam penulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bencana pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif yang drastik ke atas sektor pelancongan di Malaysia dan di negara lain di peringkat global. Berdasarkan penelitian terhadap pengalaman negara lain di dunia untuk memulihkan sektor pelancongan, dapatan kajian ini merumuskan bahawa strategi utama pemulihan adalah melalui peranan proaktif pihak kerajaan termasuk di Malaysia. Antara strategi dan tindakan segera yang boleh diambil oleh pihak kerajaan termasuklah membantu para pengusaha dan syarikat pelancongan kecil dan hotel melalui bantuan insentif atau pinjaman; melonggarkan sekatan pergerakan apabila keadaan wabak pendemik COVID-19 menurun dan menggalakkan pelancongan domestik.