Isu pengenalan tulisan jawi dan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dari sudut pandang mahasiswa

Tulisan Jawi dan Khat adalah warisan Melayu serta tradisi bangsa yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Ia telah digunakan selama berkurun lama sebagai medium perhubungan dalam urusan seharian masyarakat di Nusantara khususnya di Tanah Melayu sebelum peranan tersebut diambilalih oleh tulisan Rumi. U...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Habibah @ Artini Ramlie, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Abang Mohd. Razif Abang Muis, Irma Wani Othman, Romzi Ationg, Muhammad Safuan Yusoff, Mohamad Basri Jamal
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32978/1/Isu%20pengenalan%20tulisan%20jawi%20dan%20khat%20di%20Sekolah%20Jenis%20Kebangsaan%20%28SJK%29%20dari%20sudut%20pandang%20mahasiswa.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32978/2/ISU%20PENGENALAN%20TULISAN%20JAWI%20DAN%20KHAT%20DI%20SEKOLAH%20JENIS%20KEBANGSAAN%20%28SJK%29%20DARI%20SUDUT%20PANDANG%20MAHASISWA.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32978/
https://www.researchgate.net/publication/353047881_THE_ISSUE_OF_THE_INTRODUCTION_OF_JAWI_SCRIPT_AND_KHAT_IN_SEKOLAH_JENIS_KEBANGSAAN_SJK_FROM_UNDERGRADUATES%27_PERCEPTION
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan Jawi dan Khat adalah warisan Melayu serta tradisi bangsa yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Ia telah digunakan selama berkurun lama sebagai medium perhubungan dalam urusan seharian masyarakat di Nusantara khususnya di Tanah Melayu sebelum peranan tersebut diambilalih oleh tulisan Rumi. Usaha untuk menggilap kembali tulisan Jawi dan Khat dengan memperkenalkannya di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) telah mencetuskan isu dan pandangan dari pelbagai pihak. Justeru kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi mahasiswa terhadap isu tersebut. Kajian berbentuk tinjauan dan dilakukan dengan menggunakan kaedah soal selidik. Seramai 326 orang mahasiswa semester satu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari pelbagai fakulti dan etnik telah menjawab soal selidik yang mengandungi 21 soalan berkaitan pelaksanaan Jawi dan Khat di SJK. Analisis dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan lapan item soal selidik yang mencapai persetujuan melebihi 80% membuktikan bahawa para mahasiswa melihat tulisan Jawi dan Khat itu sebagai satu unsur seni yang unik dan berdaya maju untuk memupuk perpaduan. Walaupun bercirikan sejarah dan identiti Islam serta Melayu, tulisan Jawi dan Khat sesuai diperkenalkan di sekolah kerana ia mempelbagaikan kemahiran serta pada masa yang sama membolehkan murid menghasilkan dan mempelbagaikan karya kreatif secara bertulis.