Implimentasi ‘riadhah ruhiyyah’ (latihan kerohanian) dalam kalangan mahasiswa muslim ke arah memenuhi sustainability development goals (SDGs)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan asas kepada Falsafah Pengajian Tinggi di Malaysia dalam mengadaptasi konsep akhlak dengan matlamat pendidikan berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara bersepadu. Tujuannya adalah mewujudkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, em...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English English |
Published: |
Global Academic Excellence
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32970/2/Implimentasi%20%E2%80%98riadhah%20ruhiyyah%E2%80%99%20%28latihan%20kerohanian%29%20dalam%20kalangan%20mahasiswa%20muslim.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32970/3/Implimentasi%20%E2%80%98riadhah%20ruhiyyah%E2%80%99%20%28latihan%20kerohanian%29%20dalam%20kalangan%20mahasiswa%20muslim%20ke%20arah%20memenuhi%20sustainability%20development%20goals%20%28SDGS%29.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32970/ https://www.researchgate.net/publication/357585167_IMPLEMENTATION_OF_%27RIADHAH_RUHIYYAH%27_SPIRITUALITY_TRAINING_AMONG_MUSLIM_UNIVERSITY_STUDENTS_TOWARDS_THE_FULFILMENT_OF_SUSTAINABLE_DEVELOPMENT_GOALS_SDGS |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan asas kepada Falsafah Pengajian Tinggi di Malaysia dalam mengadaptasi konsep akhlak dengan matlamat pendidikan berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara bersepadu. Tujuannya adalah mewujudkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Aspirasi ini diteruskan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi (PPPM PT) bagi tahun 2015-2025 yang antara lain bertujuan untuk melahirkan graduan holistik yang beretika dan bermoral serta mempunyai kerohanian mantap. Keperluan ini menuntut para mahasiswa untuk memperkukuh kerohanian serta membentuk akhlak yang baik di samping berupaya mengaplikasi pengetahuan dan teori yang dipelajari. Justeru dalam hal ini, implimentasi ‘Riadhah Ruhiyyah’ (latihan kerohanian) dilihat begitu praktikal untuk memenuhi keperluan tersebut. Kajian ini dijalankan bagi meninjau implimentasi ‘Riadhah Ruhiyyah’ dalam kalangan mahasiswa. Kajian berbentuk kuantitatif yang dijalankan ke atas seramai 111 orang mahasiswa Muslim di Universiti Malaysia Sabah. Responden kajian dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) dengan memfokuskan kriteria dikehendaki iaitu para mahasiswa Muslim. Teknik persampelan kebarangkalian (probability sampling) diadaptasi dan semua mahasiswa Muslim mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian. Dapatan kajian mendapati implimentasi ‘Riadhah Ruhiyyah’ dalam kalangan responden mencatatkan nilai min sebanyak 2.0811. Dapatan ini menunjukkan bahawa item-item yang digariskan untuk mengukur amalan ‘Riadhah Ruhiyyah’ adalah jarang-jarang dilakukan oleh para responden. Namun ia bukanlah satu indikator yang negatif secara total kerana implimentasi ‘Riadhah Ruhiyyah’ tetap wujud di kalangan mahasiswa. Oleh itu, kajian ini begitu signifikan untuk dilaksanakan secara lebih menyeluruh ke atas semua mahasiswa Muslim melibatkan institusi pengajian tinggi lain dengan fokus kepada aspek perkaitan di antara implimentasi ‘Riadhah Ruhiyyah’ serta pemantapan dan penghayatan akhlak mahasiswa. Ia akan menghasilkan mahasiswa holistik ke arah memenuhi hasrat pendidikan berkualiti sebagaimana yang digariskan dalam matlamat Sustainability Development Goals (SDGs). |
---|