Adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan menurut pandangan syarak

Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahiran dan juga adat kemat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Mohd. Taqwudin Mohd. Yazid, Habibah Artini Ramlie, Abang Mohd Razif Abang Muis, Azmin Pullong
Format: Article
Language:English
English
Published: Global Academic Excellence 2022
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32960/1/Adat%20dan%20ritual%20kematian%20masyarakat%20Suluk%20di%20Sandakan%20menurut%20pandangan%20syarak.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32960/2/Adat%20dan%20ritual%20kematian%20masyarakat%20Suluk%20di%20Sandakan%20menurut%20pandangan%20syarak.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32960/
https://www.researchgate.net/publication/360994734_Journal_of_Islamic_Social_Economics_and_Development_JISED_CUSTOMS_AND_RITUALS_OF_DEATH_OF_THE_SULUK_COMMUNITY_IN_SANDAKAN_ACCORDING_TO_ISLAMIC_PERSPECTIVE
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Suluk sememangnya kaya dengan adat dan ritual mereka tersendiri yang diwarisi secara turun-temurun daripada generasi mereka yang terdahulu. Adat tradisi ini meliputi beberapa aspek kehidupan harian seperti adat perkahwinan, adat ketika mengandung, adat semasa kelahiran dan juga adat kematian. Pengamalan adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan, Sabah terdiri daripada adat semasa kematian dan adat selepas kematian. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti adat dan ritual semasa kematian dan selepas kematian yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di Sandakan. Selain itu, kajian ini juga melihat pengamalan adat dan ritual kematian tersebut dari kaca mata Islam sebagai satu panduan kepada masyarakat Suluk khususnya dan masyarakat lain amnya dalam pengamalan adat dan ritual yang seumpama dengannya. Kajian ini berbentuk tinjauan yang melibatkan temu bual berstruktur manakala sampel yang dipilih adalah dalam kalangan penduduk veteran serta golongan pemimpin agama yang beragama Islam di Kampung Bokara, Kampung Bahagia dan Kampung Bambangan di Sandakan. Hasil kajian ini mendapati terdapat 15 bentuk adat dan ritual kematian masyarakat Suluk di Sandakan yang terdiri daripada lapan adat semasa berlakunya kematian dan tujuh adat yang diamalkan selepas berlakunya sesuatu kematian. Kajian turut menemui beberapa adat dan ritual yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di Sandakan yang sejajar dengan ajaran Islam dan ada juga yang jelas bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Kajian ini diharapkan agar dapat memberikan sedikit pencerahan dan perkongsian ilmu berkaitan dengan adat kematian sebenar yang dituntut oleh agama Islam.