Implementasi konsep Al-Falah dalam aspek keusahawanan Islam menurut perspektif Al-Qurtubi: satu analisis
Aspek keusahawanan merupakan satu elemen yang menjadi rebutan dalam pekerjaan dewasa ini. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia seringkali terlepas pandang dengan ketentuan dan tuntutan Ilahi. Mereka harus sedar bahawa matlamat utama dalam keusahawanan bukanlah kekayaan dan kemewahan, sebaliknya r...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | Malay Malay |
Published: |
Academic Inspired Network
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32933/1/Implementasi%20konsep%20Al-Falah%20dalam%20aspek%20keusahawanan%20Islam%20menurut%20perspektif%20Al-Qurtubi.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32933/3/Implementasi%20konsep%20Al-Falah%20dalam%20aspek%20keusahawanan%20Islam%20menurut%20perspektif%20Al-Qurtubi%20_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32933/ http://www.ijafb.com/PDF/IJAFB-2021-37-11-10.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Aspek keusahawanan merupakan satu elemen yang menjadi rebutan dalam pekerjaan dewasa ini. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia seringkali terlepas pandang dengan ketentuan dan tuntutan Ilahi. Mereka harus sedar bahawa matlamat utama dalam keusahawanan bukanlah kekayaan dan kemewahan, sebaliknya rahmat dan keberkatan dari Allah SWT. Kajian ini bertujuan untuk melihat saranan dan pandangan al-Qurtubi dalam konsep al-Falah menerusi aspek keusahawanan serta mengaitkan pandangan tersebut dengan realiti kehidupan masyarakat hari ini. Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi analisis dokumen berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang berkaitan dengan konsep al-Falah dalam bidang keusahawanan. Dapatan kajian menemui lima konsep yang telah disarankan oleh al-Qurtubi bagi merealisasikan konsep al-Falah dalam keusahawanan menurut Islam. Konsep al-Falah tersebut termasuklah al-Rizqun al-Halal, qanāᶜah, taufik, saᶜādah dan Jannah. Bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam keusahawanan ini maka kita perlu mengaplikasikan konsep al-Falah dalam setiap transaksi perniagaan yang kita jalankan sama ada dari aspek perkataan, perbuatan dan sebagainya. Pelaksanaan konsep al-Falah tersebut perlulah dilunaskan selari dan sejajar dengan kelima-lima aspek tersebut kerana tanpa adanya salah satu unsur tersebut dalam bidang keusahawanan, maka konsep al-Falah tidak akan tercapai. |
---|