Dilema ekonomi wang dalam masyarakat Melayu: penubuhan syarikat perniagaan dan koperasi di Tanah Melayu pada awal abad ke-20

Makalah ini membincangkan dilema ekonomi wang masyarakat Melayu dengan rujukan kepada permasalahan yang berhubung kait dengan penubuhan syarikat perniagaan dan koperasi milikan orang Melayu pada awal abad ke-20. Dalam konteks sejarah, fenomena kapitalisme telah berkembang dengan penggunaan wang dala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A Rahman Tang Abdullah, Mohd. Sohaimi Esa
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Penerbit UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32854/1/Dilema%20ekonomi%20wang%20dalam%20masyarakat%20Melayu.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32854/2/Dilema%20ekonomi%20wang%20dalam%20masyarakat%20Melayu%20_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32854/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/MANU/article/view/3399/2340
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini membincangkan dilema ekonomi wang masyarakat Melayu dengan rujukan kepada permasalahan yang berhubung kait dengan penubuhan syarikat perniagaan dan koperasi milikan orang Melayu pada awal abad ke-20. Dalam konteks sejarah, fenomena kapitalisme telah berkembang dengan penggunaan wang dalam masyarakat Melayu untuk aktiviti ekonomi yang jelas dikesan, terutamanya dalam kalangan aristokrat, komuniti perniagaan dan golongan rakyat. Golongan pertukangan Melayu adalah golongan bawahan yang sedia terdedah kepada ekonomi wang telah berusaha untuk menubuhkan syarikat perniagaan milikan orang Melayu dengan cubaan pengumpulan dana sebagai modal. Namun, usaha ini gagal direalisasikan walaupun sambutan di peringkat permulaan amat menggalakkan. Fenomena ini juga telah berkembang dalam kalangan kaum tani kerana penggunaan wang dalam aktiviti pertanian telah mengubah orientasi ekonomi kaum tani daripada sara diri kepada komersial. Perubahan orientasi ekonomi ini sebaliknya telah menimbulkan masalah belenggu hutang berterusan dalam kalangan rakyat bawahan Melayu. Bagi membantu rakyat Melayu, mekanisme yang dilihat boleh mengurangkan masalah hutang dalam kalangan kaum tani ialah dengan penubuhan koperasi pinjaman luar bandar yang akan membolehkan mereka mendapat pinjaman bagi membiayai operasi pertanian, membebaskan diri dari penindasan pemiutang serta memupuk sikap menyimpan wang dalam kalangan mereka. Perkara ini dapat dicapai dengan melaburkan sejumlah wang yang kecil dalam sesebuah koperasi yang kemudiannya akan memberikan keuntungan. Perbincangan dua aspek ini menunjukkan dilema masyarakat Melayu untuk menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan orientasi ekonomi wang yang berlandaskan kapitalisme. Perbincangan ini meliputi analisis bahan-bahan sejarah sezaman yang merangkumi surat khabar Melayu dan dokumen pentadbiran British.