Pengetahuan dan ketersediaan komuniti semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (pkp): Kajian kes di Pulau Gaya, Sabah
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang bermula pada 18 Mac 2020 kesan penularan pandemik COVID-19 memberikan kesan yang mendalam terutamanya komuniti pulau di negeri Sabah. Persoalannya, pelaksanaan PKP adalah suatu pengalaman yang baharu dalam kalangan komuniti pulau. Sehing...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Proceedings |
Language: | English English |
Published: |
Academic Inspired Network
2021
|
Subjects: | |
Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32453/1/Pengetahuan%20dan%20ketersediaan%20komuniti%20semasa%20tempoh%20perintah%20kawalan%20pergerakan%20%28pkp%29%2C%20Kajian%20kes%20di%20Pulau%20Gaya%2C%20Sabah.ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32453/2/PENGETAHUAN%20DAN%20KETERSEDIAAN%20KOMUNITI%20SEMASA%20TEMPOH%20PERINTAH%20KAWALAN%20PERGERAKAN%20%28PKP%29%2C%20KAJIAN%20KES%20DI%20PULAU%20GAYA%2C%20SABAH.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32453/ http://103.101.244.127/bitstream/123456789/2230/1/full%20proceeding%20ICEBTH2021.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia yang bermula pada 18 Mac 2020 kesan penularan pandemik COVID-19 memberikan kesan yang mendalam terutamanya komuniti pulau di negeri Sabah. Persoalannya, pelaksanaan PKP adalah suatu pengalaman yang baharu dalam kalangan komuniti pulau. Sehingga ke hari ini, tiada rekod dokumentasi dan penyelidikan dalam sains soial mengenainya pula masih kurang dan terhad. Untuk itu, kajian ini meneliti tentang tahap pengetahuan dan ketersediaan komuniti pulau semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam menghadapi pandemik COVID- 19. Kajian ini menggunakan pendekatan eksplorasi dan evaluatif, iaitu suatu usaha untuk mengeksplorasi respon kumpulan komuniti berkenaan dan sekali gus menilai sama ada mereka tahu, peka dan bersedia untuk menghadapi pandemik ini. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian kes iaitu di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya di Kota Kinabalu, Sabah dengan penekanan terhadap deskripsi tentang fenomena dan tingkah laku. Kajian ini melibatkan seramai 71 orang responden yang mewakili 4.73% daripada keseluruhan populasi penduduk di kampung berkenaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan responden berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merekodkan nilai paling tinggi iaitu sebanyak 98.6 peratus (70 orang). Tahap ketersediaan responden pula umumnya adalah tinggi terutamanya langkah menghadkan aktiviti sosial dengan komuniti pulau dan bersedia untuk duduk di rumah semasa perlaksanaan PKP dengan masing-masing mencatatkan skor min 4.32 yang mewakili tahap ‘sangat tinggi’. Hasil kajian ini bermanfaat untuk perancangan dalam pengurusan risiko dalam menangani pandemik di Sabah khususnya dan Malaysia keseluruhannya. |
---|