Perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah

Kertas kerja ini menjelaskan hubungan antara perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah. Kajian dilakukan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis terhadap dokumen yang menunjukkan perubahan sektor pekerjaan dan perubahan kesatuan sekerja. Perubahan struktur pekerjaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahadirin Ahmad, Kee Y Sabariah Kee Mohd Yussof, Bibi Diana Abdul Manaf, Nassiah Gaong
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
English
Published: Institute of Malaysian and International Studies 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32434/1/Perubahan%20struktur%20pekerjaan%20dan%20perkembangan%20kesatuan%20sekerja%20di%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32434/4/Perubahan%20struktur%20pekerjaan%20dan%20perkembangan%20kesatuan%20sekerja%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32434/
https://www.ukm.my/ikmas/news/msc12-e-proceedings/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini menjelaskan hubungan antara perubahan struktur pekerjaan dan perkembangan kesatuan sekerja di Sabah. Kajian dilakukan dengan mengaplikasikan pendekatan analisis terhadap dokumen yang menunjukkan perubahan sektor pekerjaan dan perubahan kesatuan sekerja. Perubahan struktur pekerjaan telah berlaku sejajar dengan perubahan tumpuan sektor ekonomi berasaskan pertanian kepada perindustrian dan perkhidmatan. Bilangan pekerja pada tahun 2019 adalah seramai 1 908 600 orang dengan jumlah penduduk Sabah adalah seramai 3.9 juta orang. Perubahan ini turut memberi kesan kepada perkembangan kesatuan sekerja yang kini berjumlah sebanyak 80 buah kesatuan dalam tiga sektor utama iaitu sektor awam, badan berkanun dan swasta dengan bilangan ahli adalah lebih kurang 36 ribu orang. Berdasarkan analisis tersebut, dapat dinyatakan bahawa kadar pertumbuhan kesatuan sekerja adalah masih rendah jika dibandingkan dengan bilangan pekerjaan yang telah diwujudkan. Bilangan ini menunjukkan kadar berkesatuan adalah 1.8 peratus dan masih terdapat seramai 99.2 peratus pekerja (1,873,940 orang) adalah berpotensi untuk menyertai kesatuan sekerja. Sehubungan dengan itu, usaha berterusan perlu dilakukan bagi meningkatkan bilangan kesatuan sekerja di Sabah merangkumi pelbagai sektor pekerjaan. Salah satu usaha yang perlu diberi perhatian adalah dengan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor kedua yang akan menarik lebih ramai golongan belia untuk bekerja. Sehubungan dengan itu, peranan kesatuan sekerja akan terus dapat diperkasakan sejajar dengan perkembangan ekonomi negeri Sabah menjelang tahun 2030.