Faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik covid-19

Pada era pandemik Covid-19 keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian adalah signifikan dalam meneruskan aktiviti harian disamping berhadapan dengan norma baharu seperti perintah kawalan pergerakkan. Penyampaian maklumat secara atas talian merupakan suatu pergerakkan maklumat secara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Nur Azeem Said, Harifah Mohd Noor
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Faculty of Human Ecology, UPM 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32336/1/Faktor%20keberkesanan%20penyampaian%20maklumat%20secara%20atas%20talian%20dalam%20proses%20pembelajaran%20pada%20era%20pandemik%20covid-19.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32336/2/FAKTOR%20KEBERKESANAN%20PENYAMPAIAN%20MAKLUMAT%20SECARA%20ATAS%20TALIAN%20DALAM%20PROSES%20PEMBELAJARAN%20PADA%20ERA%20PANDEMIK%20COVID-19.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32336/
https://www.researchgate.net/publication/354313554_E-_PROCEEDING_INTERNATIONAL_WEBINAR_COMMUNITY_DEVELOPMENT_IN_SOUTHEST_ASIA_2021
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pada era pandemik Covid-19 keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian adalah signifikan dalam meneruskan aktiviti harian disamping berhadapan dengan norma baharu seperti perintah kawalan pergerakkan. Penyampaian maklumat secara atas talian merupakan suatu pergerakkan maklumat secara maya yang dilakukan daripada pengirim kepada penerima. .Keberkesanan penyampaian maklumat adalah penting dari pelbagai aspek terutamanya dalam aspek pendidikan pelajar sekolah yang tidak dapat meneruskan proses pembelajaran secara sedia kala. Namun, keberkesanan membawa kepada pelbagai makna dan erti mengikut konteks yang digunapakai oleh pengkaji-pengkaji lepas berdasarkan pergerakkan di dalam sesuatu ruangan. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian dalam proses pembelajaran pada era pandemik Covid-19. Makalah ini menggunakan sumber sekunder untuk menerangkan keberkesanan penyampaian maklumat secara atas talian. Sumber sekunder yang digunapakai adalah artikel, jurnal, buku, tesis dan laporan. Analisis kandungan dilakukan dalam kajian ini bagi merungkaikan faktor keberkesanan dalam penyampaian maklumat secara atas talian. Hasil mendapati keberkesanan pergerakkan maklumat secara atas talian dipengaruhi oleh angkubah-angkubah penting iaitu dari aspek ICT, aspek kemudahan, dan aspek penerimaan dan seterusnya mempengaruhi proses pembelajaran pelajar dalam pendidikan. Kesimpulannya, melalui kajian ini ilmu pengetahuan dapat diimplikasikan dan dari sudut praktikal pula dapat membantu pihak bertanggungjawab seperti Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mewujudkan proses pembelajaran yang kondusif serta efektif secara atas talian.