Peranan masjid sebagai pusat sehenti bantuan B40 di Sabah

Salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk memutuskan penularan Covid-19 dalam negara ialah melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana banyak sektor ekonomi yang terpaksa ditutup secara berperingkat mengikut fasa. Pemberhentian operasi dan keterhadan pergerakan ini telah menyebabka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Samsu, Dayangku Aslinah Abd. Rahim, Khairul Hanim Pazim, Roslinah Mahmud, Lim, Fui Yee Beatrice
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Faculty of Business, Economics and Accountancy 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32228/1/Peranan%20masjid%20sebagai%20pusat%20sehenti%20bantuan%20B40%20di%20Sabah.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32228/2/Peranan%20masjid%20sebagai%20pusat%20sehenti%20bantuan%20B40%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32228/
https://www.ums.edu.my/fpep/New%20Folder%201/PROCEEDINGS_OF_3RD_INTERNATIONAL_CONFERENCE_ON_ECONOMICS_ICE2021_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk memutuskan penularan Covid-19 dalam negara ialah melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana banyak sektor ekonomi yang terpaksa ditutup secara berperingkat mengikut fasa. Pemberhentian operasi dan keterhadan pergerakan ini telah menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan dan punca pendapatan, tidak terkecuali golongan fakir dan miskin. Kajian ini bertujuan untuk meneroka peranan oleh institusi dan kewangan Islam seperti masjid, zakat dan sedekah di Sabah bagi membantu golongan terjejas Covid-19 terutamanya B40 daripada perspektif Islam. Metodologi kajian ini adalah melalui kajian perpustakaan, penelitian data semasa, pemilihan maklumat yang berkaitan serta rekomendasi mengenai peranan masjid sebagai pusat sehenti bantuan di Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa zakat, baitulmal dan masjid merupakan di antara institusi Islam yang aktif dalam membantu golongan miskin di Sabah. Institusi zakat misalnya memainkan empat peranan utama dalam membantu golongan terjejas pandemik di Sabah. Sementara itu, institusi Baitulmal berfungsi sebagai pelengkap kepada institusi zakat dalam memberikan bantuan dan sedekah kepada masyarakat. Penelitian terhadap baitulmal mendapati kutipan yang diperolehi hasil daripada fidyah, sedekah jariah, denda, kifarat pelanggar syariat islam sangat berguna untuk membantu golongan terjejas semasa pandemik Covid-19 di Sabah. Di samping itu, masjid pula dilihat bergiat aktif dalam melibatkan sumbangan tunai dan barangan kepada golongan terjejas pandemik. Ternyata, wabak Covid-19 telah meletakkan peranan institusi kewangan Islam pada satu tahap signifikan dalam sistem ekonomi masyarakat di Sabah terutama kepada golongan yang terkesan seperti B40. Sebagai penutup, kertas kerja ini telah mencadangkan agar masjid dapat diperkasa sebagai satu pusat sehenti yang aktif dalam membantu golongan B40 terutamanya di negeri Sabah.