Kemiskinan digital: cabaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) pelajar sekolah menengah di Kota Belud

Kajian eksploratori ini bertujuan meninjau cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan pelajar yang merupakan salah satu isu prioriti dalam wacana kemiskinan digital di Sabah semenjak kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 ekoran penularan pand...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lee, Kuok Tiung, Aisah Meri
Format: Article
Language:English
English
Published: Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32083/1/Kemiskinan%20digital.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32083/2/Kemiskinan%20digital1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32083/
https://drive.google.com/file/d/14sNYPdpHH4YIP0PfK5uEi8P8_5oHTt6f/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian eksploratori ini bertujuan meninjau cabaran Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam kalangan pelajar yang merupakan salah satu isu prioriti dalam wacana kemiskinan digital di Sabah semenjak kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 ekoran penularan pandemik Covid19. Fokusnya menjurus kepada dua persoalan pokok iaitu pemilikan gajet komunikasi seperti telefon pintar atau komputer riba, dan keduanya adalah akses kepada internet. Tahap celik Teknologi Maklumat (IT) juga memainkan peranan penting kesediaan masyarakat menerima pakai Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT). Hasil survei berdasarkan jawapan daripada 341 responden dari 10 buah sekolah menengah di sekitar pekan Kota Belud menggunakan Google Form menunjukkan pada dasarnya mereka menerima baik PdPR. Rata-rata bersetuju perancangan awal, persediaan diri, disiplin serta sikap mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Ibu bapa dan guru-guru memainkan peranan penting membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu ini. Menariknya kadar pemilikan gajet khususnya telefon pintar dalam kalangan responden adalah sangat tinggi. Begitupun, mereka sangat mengalu-alukan sebarang inisiatif oleh kerajaan dalam soal pemilikan gajet dan prasarana telekomunikasi.