Analisis model Lasswell terhadap nilai patriotisme dalam filem Paskal The Movie (2018)

Kajian ini menganalisis nilai patriotisme iaitu setia kepada negara dalam filem PASKAL The Movie (2018). Analisis ini menggunakan pendekatan lima elemen model Lasswell (1948) iaitu Who, Say What, In Which Channel, To Whom dan With What Effect. Struktur model Lasswell (1948) ini dapat mengenalpasti p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Juhan Junaidi, Zairul Anuar Md. Dawam, Rosli Sareya
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31923/1/Analisis%20model%20Lasswell%20terhadap%20nilai%20patriotisme%20dalam%20filem%20PASKAL%20The%20Movie%20%282018%29.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31923/2/Analisis%20Model%20Lasswell%20Terhadap%20Nilai%20Patriotisme%20dalam%20Filem%20PASKAL%20The%20Movie%20%282018%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31923/
https://www.ivcctva.com/e-proceeding-full-paper
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menganalisis nilai patriotisme iaitu setia kepada negara dalam filem PASKAL The Movie (2018). Analisis ini menggunakan pendekatan lima elemen model Lasswell (1948) iaitu Who, Say What, In Which Channel, To Whom dan With What Effect. Struktur model Lasswell (1948) ini dapat mengenalpasti proses penyampaian mesej yang disampaikan oleh pengirim dalam konteks komunikasi yang memberi kesan kepada audiens terhadap mesej yang diterimanya. Kajian ini mendapati elemen naratif yang disampaikan melalui pemaparan adegan filem PASKAL The Movie (2018) telah memperkuatkan mesej setia pada negara, sekaligus mengangkat tema dan nilai patriotisme. Melalui kaedah pemerhatian (tontonan filem), kajian mendapati bahawa dialog memainkan peranan penting sebagai pembawa mesej yang melambangkan nilai murni dalam konteks patriotisme. Selain itu, bahasa filem menerusi adegan filem PASKAL The Movie (2018) juga turut memberi gambaran jelas tentang representasi nilai patriotisme terhadap keluarga, bangsa dan negara. Oleh itu, kajian ini menterjemahkan impak mesej melalui medium filem khususnya nilai patriotisme terhadap negara Malaysia.