Hubungan intergenerasi , sokongan psikologi dan sosial penjagaan warga tua dalam pelbagai etnik di Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hubungan intergenerasi dengan sokongan psikologi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Tiga set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent- Child Inte...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudani Md Nawi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Dahlan A. Malek, Getrude Cosmas, Habibie Ibrahim, Peter Voo Su Kiong, Wanda Kiyah
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31725/1/Hubungan%20intergenerasi%20%2C%20sokongan%20psikologi%20dan%20sosial%20penjagaan%20warga%20tua%20dalam%20pelbagai%20etnik%20di%20Sabah-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31725/2/HUBUNGAN%20INTERGENERASI%20%2C%20SOKONGAN%20PSIKOLOGI%20DAN%20SOSIAL%20PENJAGAAN%20WARGA%20TUA%20DALAM%20PELBAGAI%20ETNIK%20DI%20SABAH.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31725/
http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hubungan intergenerasi dengan sokongan psikologi dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua (ibu bapa) dalam komuniti pelbagai etnik di Sabah. Tiga set soal selidik telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik Parent- Child Interaction Questionnaire-Revised (PACHIQ-R) (Lange, 2001) telah diadaptasi dalam kajian ini adalah versi semasa hasil dari pengubahsuaian daripada versi Tahap Pertama The Parent- Child Interaction Questionnaire (PACHIQ) (Lange, Blonk & Wiers, 1998). bagi mengukur hubungan intergenerasi dan soal selidik The Emotional Support Scale (ESS) yang dibangunkan oleh Hisada, Seng & Minoguchi (1989) bagi mengukur sokongan psikologi mana kala Social Support Questionnaire (SSQ) oleh Sarason, Levine, Basham (1983) bagi mengukur sokongan sosial telah dijalankan ke atas responden dalam kalangan anak dewasa di Sabah. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara sokongan sosial dengan hubungan intergenerasi (r=.585 p<.05) dan tiada hubungan bagi sokongan psikologi dengan hubungan intergenerasi(r=.344 p>.05). Kajian juga telah mempamerkan dengan meletakkan sokongan sosial sebagai aspek yang sederhana kuat berhubungan dengan hubungan intergenerasi berbanding sokongan yang lain. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi menghasilkan satu modul polisi berpandukan Dasar Warga Tua Negara (DWEN) yang perlu dilakukan penambahbaikan dalam pelan tindakan negara secara holistik dan bersepadu bagi menjamin kesejahteraan penjaga dan juga warga tua.